Laman Utama

Rina Harun Cuci Simen Bersih, JKM: “YB Mencuci Kesan Najis Unggas & Cicak…”

Mya Amri
26/12/2021
22:45 MYT
Sponsor Banner
Rina Harun Cuci Simen Bersih, JKM: “YB Mencuci Kesan Najis Unggas & Cicak…”
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil memberi penjelasan mengenai isu tular melibatkan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
JKM dalam sebuah kenyataan berkata tidak adil netizen membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha Rina dalam Operasi Pasca Banjir.
Menurut kenyataan tersebut, JKM telah mengaturkan Operasi Pasca Bencana Banjir dengan membersihkan Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“JKM amat berbesar hati atas kesudian YB Datuk Seri Rina untuk turut serta dalam operasi ini.
“Bukan sekadar pembersihan kawasan malah turut bersama Sukarelawan Keluarga Malaysia yang lain mengemas bilik darjah, menyapu lantai, menyusun atur meja dan kerusi pelajar supaya kembali seperti sedia kala memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.
JKM terpanggil untuk menjawab isu tular yang mendakwa YB Datuk Seri Rina hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih di sekolah tersebut.
“JKM selaku Jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian beliau untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dicucikan selama ini.
“Memandangkan waterjet sedia ada di lokasi pembersihan beliau tidak menolak pelawaan JKM dan berlapang dada dan dengan hati terbuka melakukan kerja tersebut,” kata JKM.
Terdahulu tular sepotong video Rina sedang menyembur kawasan longkang dan koridor yang sudah bersih di sebuah sekolah.
Video tersebut turut menjadi pertikaian warganet kerana Rina dilihat seolah-olah sedang ‘berlakon’ di hadapan kamera hanya untuk tujuan bergambar.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar