Filem
Ropie Dedah Kisah Diganggu Di Set Penggambaran Filem Don Dukun – “Meremang Satu Badan, Saya Terus Lari”
Pelakon Ropie mendedahkan dia mengalami gangguan mistik ketika menjalani penggambaran filem Don Dukun.
Gangguan Di Set Penggambaran
Menurut Ropie, kejadian tersebut berlaku dia berada di dalam sebuah bilik ketika dia hendak menukar pakaian.
“Saya kena (gangguan). Ketika itu lebih kurang 4 pagi, dalam bilik kami tukar baju. Lampu juga tiada jadi gelaplah.
“Saya masuk dalam bilik terus meremang, saya rasa dalam bilik itu ada orang tetapi sebenarnya tiada sesiapa pun.
“Saya terus lari pergi tempat team tengah shooting. Rumah itu sangat besar. Sebelum itu saya masuk okay saja,” kongsinya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Alami Lebam Satu Badan, Marsha Milan Kongsi Cabaran Jayakan Watak Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Saya Juga Terpaksa…”
ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Gemuruh Pertama Kali Pegang Watak Utama Dalam Filem Komedi ‘Don Dukun’ – “Takut! Dalam Banyak-Banyak Filem Yang Saya Buat….”
Sinopsis Don Dukun
Don Arif merupakan seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.
Datang seorang janda kaya menawarkan habuan lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.
Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media.
Ayahnya, Pak Samad, tidak bersetuju dengan cara Don Arif dan menghalangnya dari mendalami ilmu kitab keramat keluarga mereka.
Muncul Datin Azizah, seorang janda kaya, yang menawarkan sejuta ringgit kepada Don Arif untuk memulihkan anak tirinya, Laila.
Namun begitu, Don Arif perlu bersaing dengan Aloysius, bomoh yang boleh berkomunikasi dengan roh, dan Dr. Divya, pemburu hantu moden.
Semua usaha mereka untuk mengusir jin yang merasuk Laila gagal dan Laila menjadi lebih agresif! Don Arif kemudiannya dikejutkan dengan satu rahsia silam yang mematahkan semangatnya lalu mengundurkan diri dan melepaskan tawaran lumayan Datin Azizah.
Sehinggalah Don Arif mendapat inspirasi dari anaknya sendiri serta restu dari Pak Samad yang menyuntik semula semangat dalam dirinya.
Don Arif kembali nekad untuk membantu Laila. Don Arif berjaya mengusir jin yang merasuk Laila dan kemenangannya itu membongkar kuasa gelap yang lebih dahsyat. Situasi jadi lebih mencemaskan dan kali ini Don Arif hampir tewas.
Dengan bantuan Aloysius dan Dr. Divya serta ilmu yang baru dikuasainya, Don Arif meneruskan perjuangan menghapuskan kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa Laila.
Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.
Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.