Filem ‘Sangkar’ mengisahkan tentang dua petarung MMA, Adam (Zul) dan Johan (Remy) serta liku-liku kehidupan yang terpaksa diharung mereka.
Bergandingan bersama Remy buat pertama kali, Zul akui gembira dengan kerjasama yang diberikan pelakon itu selain mudah mewujudkan keserasian.
Tombiruo: Penunggu Rimba ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia 2017 arahan Seth Larney, yang menampilkan Zul Ariffin sebagai Ejim atau Tombiruo dan Farid Kamil sebagai Amiruddin.
Walaupun wajahnya dilindungi topeng sepanjang waktu, Zul menghidupkan karakter berkenaan dengan bahasa tubuhnya yang membuatkan penonton faham apa yang cuba diluahkan oleh Tombiruo. Farid Kamil sebagai Amiruddin juga berjaya menunjukan sisi matang dalam kariernya.
"Ini Malaysia Naz, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara..." demikian dialog popular embabitkan aktor Zul Ariffin sebagai Sheriff dan Syafiq Kyle (Naz) dalam salah satu babak filem Sheriff: Narko Integriti.
Malah, watak Meth Killer yang dipegang Syafiq Kyle turut popular di TikTok selepas netizen membuat video reaksi yang dimulakan dengan ayat ‘Dari Sheriff kita belajar lelaki lakukan apa saja demi wanita yang dicinta’.
4. Zul Ariffin x Ropie (Don Dukun)
Selepas Hantu Kak Limah, Zul Ariffin sekali lagi bergandingan dengan Ropie dalam filem Don Dukun. Memegang watak Don Arif (Zul Ariffin) dan Jaafar (Ropie), pastinya gelagat kedua-dua aktor ini ditunggu peminat.
Sebagai ringkasan, Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media.
Jadi filem mana yang menyerlahkan elemen ‘bromance’ yang paling anda suka?
Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.
Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.