Laman Utama

Roslan Shah Kecewa Orang Islam Singapura Selamba Merokok & Makan Tempat Awam - "Kalau Tak Puasa Cik Lan Makan ..."

Amri Hassan
14/04/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
Roslan Shah Kecewa Orang Islam Singapura Selamba Merokok & Makan Tempat Awam - "Kalau Tak Puasa Cik Lan Makan ..."
Selebriti versatil, Roslan Shah terkilan apabila melihat gelagat segelintir orang Islam di Singapura yang tanpa segan-silu mempamerkan aksi merokok dan makan di tempat awam ketika Ramadan.
Jelas Roslan, situasi yang mengecewakan itu berlaku di hadapannya ketika umat Islam sedang sibuk membeli juadah untuk berbuka pada Ramadan pertama semalam.
"Maaf kata ya.....Puasa pertama Cik Lan jalan di Joo Chiat Complex untuk membeli barang juadah berbuka puasa.
"Depan mata Cik Lan ternampak warga Islam makan dengan selamba dan nampak jugak warga Islam dengan wheel chairnya merokok di depan orang awam lalu lalang.
"Memang betul jawapan mereka akan cakap kubur masing-masing tetapi di bulan puasa yang mulia ini kena menghormati dan orang yang berpuasa jugak.
"Nak makan atau nak merokok kenalah sorok-sorok dan jangan kasi nampak orang awam.
"Apabila Cik Lan tengok lagi dengan rasa bangganya merokok dan makan dengan cara selambanya.
"Bulan Ramadan setahun sekali bukannya setiap hari," tulisnya di Instagram.
Mengakui dirinya belum sempurna, ujar Roslan lagi, dia masih menghormati umat Islam yang berpuasa seandainya ada masa dirinya sendiri 'terbabas' di bulan Ramadan.
"Cik Lan pun tidak sempurna mana pun kalau Cik Lan tidak berpuasa Cik Lan makan di bilik rumah bersendirian saja walaupun ahli keluarga berpuasa, Cik Lan kena menghormati orang yang berpuasa.
"Harap maklum....Mohon maaf ya kalau ada sesiapa yang terasa... Cik Lan tulis secara general kerana nampak di depan mata.
"Kalau di Malaysia dah kena saman dan naik van jenazah bawa jalan-jalan lagi dan orang Islam akan tahu yang naik van orang Islam kena tangkap tidak berpuasa ya," tambahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar