Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri? Fazley Serah Kepada Tuhan - "Saya Masih Cakap I Love You, Adik"

Ernalisa 21/10/2024 | 02:25 MYT

Cef selebriti dan penyanyi terkenal Datuk Fazley Yaakob menyerahkan soal jodoh dan takdir kepada Yang Maha Esa, begitu juga seandainya merujuk semula dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

BERITA BERKAITAN : Didakwa Cerai Sebab Ada Masalah Kesihatan Lelaki, Fazley Yaakob; "Azrene Pernah Gugur 13 Kali, Dekat Mananya Saya Tak Sihat?"

BERITA BERKAITAN : Fazley Yaakob Anggap Perpisahan Bukan Satu Pengakhiran, Hubungan Kekeluargaan Tetap Utuh! - “Perceraian Tidak Bermakna Anak-Anak Perlu Sengsara…”

BERITA BERKAITAN : Berbual Dengan OKU, Ramai Tak Sangka Datuk Fazley Rupanya Tahu Guna Bahasa Isyarat - “Boleh Lah Sikit Sebab Aunty Saya Juga Sama”

BERITA BERKAITAN : 18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sah Cerai - “Semoga Dengan Adanya..”

Kata Fazley, biarpun rumah tangga mereka telah berakhir, namun kata-kata manis itu bukan perkara yang kekok untuk diungkapkan.

Malah panggilan ‘adik’ kepada bekas isteri yang pernah memberinya empat cahaya mata masih digunakan.

“Saya dan Azrene masih cakap ‘I Love You’ setiap kali kami akhiri perbualan di telefon.

“Selepas perceraian, kehidupan saya tiada beza kerana saya dan anak-anak serta bekas isteri masih akrab; kami masih menonton wayang dan makan bersama.
“Perbezaannya hanyalah tiada akad sahaja. Bila habis panggilan telefon, saya masih cakap ‘I Love You adik’, ‘I Love You abang’, kami masih kekalkan,” katanya kepada Gempak.
Menurut Fazley, perceraian bukanlah titik noktah bagi setiap memori yang pernah dicipta mereka selama 18 tahun.
Malah, hubungan selepas perpisahan itu dikatakan lebih baik.
Katanya, tidak semua yang pahit harus dijadikan racun, malah dia menganggap yang manis itu tidak semestinya madu.
Fazley juga tidak menolak apa jua takdir sekiranya dia dan bekas isteri rujuk semula suatu hari nanti.
“Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh sombong dengan apa yang berlaku.

“Kami sehingga sekarang pun baik… boleh makan bersama berdua, video call. Jadi soal rujuk semula, saya cuma boleh cakap semuanya dengan izin Allah,” katanya.

Fazley sebelum ini mengesahkan sudah bercerai dengan Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad, beberapa bulan lalu, selepas 18 tahun hidup bersama.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak: Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.

#Takdir #Fazley #pada #serah
;