Hiburan

Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”

Maliah Surip
27/04/2024
07:00 MYT
Sponsor Banner
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Rusdi yang ditemui selepas tayangan perdana episod pertama drama bersiri Framed lakonannya di Pavilion mengatakan beliau berhak untuk tidak berkongsi tentang kehidupan peribadi, termasuk apa yang telah dan sedang berlaku dalam rumah tangganya.
“Yang mana ya, cerita apa? Bercerai, siapa yang cakap?,”tanya Rusdi dengan sopan sewaktu disuakan gosip mengenai kegoyahan rumah tangganya dengan Sharon.
Beliau kemudian menyambung: “Tak ada sebenarnya.”
“Tak payahlah, biar macam ini.”
Menurut Rusdi jika beliau menjawab atau menghebahkan kisah peribadi ia tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.
“Sebenarnya, (cerita peribadi) ia tak menguntungkan sesiapa. Peribadi biar saya simpan.
“Saya berpendapat artis bukan hak orang ramai. Kerja kerja kami ya, hak orang ramai. Kami manusia juga. Peribadi biar kami simpan sendiri,” katanya dengan penuh berhemah.

BERITA TRENDING: Menghormati Privasi Rusdi & Sharon Paul, Norlia Ghani: “Dia Menantu Baik, Mama Sayang Dia”

Penghujung tahun lalu, spekulasi mengenai keretakan rumah tangga Rusdi dan Sharon terkuak kepada media.
Sharon, 47, menerusi satu temubual bersama Berita Harian mengaku bertahan dalam perkahwinan dengan Rusdi kerana anak-anak.
Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza, 33.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar