Berita
Sabry Sembelih 23 Ekor Lembu Korban Sehari, Simpan 39 Koleksi Parang Khas - "Paling Mahal Harganya ..."
Setiap kali Aidiladha, Sabry Leman, 65, menjadi antara orang yang dicari-cari kerana kepakarannya sebagai 'tukang sembelih' lembu korban.
Malah dia tidak lokek untuk berhabis sehingga RM15,000 hanya untuk menempah parang yang terbaik bagi memastikan tugasan diberi dapat dijalankan sebaik mungkin.
Lebih 40 tahun diberi tanggungjawab itu, bekas imam berkenaan kini mempunyai 39 koleksi parang khas untuk tujuan terbabit.
BERITA TRENDING: Dua Lembu Terlepas Di Lebuh Raya, Myvi Didakwa Rosak Akibat Terlanggar Salah Seekor
BERITA TRENDING: Lebih Semangat Sambut Hari Raya Aidil Adha, Jom Lakukan 11 Amalan Sunat Ini
BERITA TRENDING: Rakyat Dibebani Kenaikan Harga Barang Ketika Sambutan Aidiladha - Rosol
BERITA TRENDING: Israel Sekat Kemasukan Haiwan Korban Sempena Aidiladha Di Gaza
Menurut Sabry, dia mula menjadi tukang sembelih ketika berkhidmat dalam tentera di Kem Sungai Besi di ibu negara pada 1982.
"Saya memang ada ambil kursus penyembelihan dan setiap kali ada program korban dalam kem, sayalah dipertanggungjawabkan.
"Walaupun dah bersara, tapi peranan sebagai tukang sembelih itu masih berterusan sehingga sekarang apabila saya 'ditempah' untuk membantu menyempurnakan ibadah korban di sekitar Seremban," katanya
Oleh sebab itulah katanya, daripada hanya memiliki dua parang saja, dia kini mempunyai 39 parang khas untuk tujuan itu.
Paling mahal RM900
Ujarnya lagi, kesemua parang terbabit ditempah khas dengan harga paling murah RM270 dan paling mahal ialah RM900.
"Kebanyakannya ditempah daripada besan saya di Kota Belud, Sabah dan kalau kos keseluruhannya kira-kira RM15,000.
"Saya perlu sediakan parang yang banyak kerana setiap kali Aidiladha, banyak haiwan korban yang perlu disembelih dan saya akan gunakan parang yang berbeza bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.
Sumber: Sinar Harian'