Laman Utama
Sahkan Syifa Melvin Hamil, Safawi Rasid Hadiahkan Hantaran Gol Untuk Isteri
Teka-teki mengenai perubahan bentuk badan pempengaruh, Syifa Melvin selama ini terjawab selepas suaminya sendiri iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid mengesahkan isterinya sedang hamil.
Pemilik nama penuh Muhammad Safawi Rasid itu membuat pengakuan tersebut selepas mengakui hantaran gol yang dibuat semalam dalam sesi perlawanan Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon adalah hadiah buat dirinya untuk isteri tercinta, Syifa Melvin.
“Gol itu hadiah untuk isteri saya (yang mengandung). Jadi, doakan kami.. semoga selamat semuanya, bersalin,” kongsi Safawi.
Safawi yang menjaringkan gol ketiga skuad negara itu mendedahkan perkara berkenaan kepada media ketika sesi temuramah semalam.
Pemain skuad Harimau Malaya itu turut memberitahu usia kandungan isterinya yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin kini hampir memasuki enam bulan.
"Dah nak masuk enam bulan,”ujarnya lagi
Pada perlawanan semalam, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilihat meraikan gol pada minit ke-77 dengan memasukkan bola di dalam baju adalah simbolik kepada isterinya yang sedang hamil.
Terdahulu, Syifa pernah diakwa netizen sedang hamil apabila ternampak perubahan pada bentuk perutnya seperi 'baby bump'.
Namun Syifa tidak pernah menjawab atau mengulas mengenai perkara itu sebaliknya dia hanya memohon doa sahaja.
Untuk rekod, Syifa dan Safawi sah menjadi suami isteri pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sekitar ibu kota.