Berita

Saksi Nampak Pesawat Berlegar-Legar Di Ruang Udara Sebelum Terhempas, Nahas Di Brazil Ragut 61 Nyawa

Awani
10/08/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Saksi Nampak Pesawat Berlegar-Legar Di Ruang Udara Sebelum Terhempas, Nahas Di Brazil Ragut 61 Nyawa
Sejumlah 61 penumpang dan anak kapal terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di kawasan pinggir Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan Voepass.
Berdasarkan laman web data penjejakan penerbangan, pesawat ATR 72-500 dua enjin itu menjunam 17,000 kaki dalam masa seminit dan terhempas kira-kira 80 kilometer ke barat laut Sao Paulo.
"Dengan duka cita kami ingin memaklumkan kesemua 61 penumpang dan anak kapal dalam pesawat 2283 terkorban," kata Voepass.
Menurutnya lagi, ketika kejadian terdapat 58 penumpang dan 4 anak kapal dalam pesawat berkenaan.
Pasukan kecemasan masih di tempat kejadian dan siasatan berhubung insiden itu sedang berjalan.
Sehingga kini tiada sebarang maklumat didedahkan pihak berlkuasa tempatan berhubung punca nahas.
Pesawat itu berlepas dari Casvavel, Parana dan dijadual dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa utama Sao Paolo.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Menang Emas, Imane Khelif Tegaskan Dirinya Wanita Tulen!

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Temasya Belum Tamat, Warna Pingat Gangsa Dah Mula Pudar?

BERITA TRENDING: Sayang Anak Punya Pasal, Bapa Sanggup Ubah Suai Tong Sampah Jadikan Bumbung Basikal

BERITA TRENDING: Aedy Ashraf Pernah Dibuli, Sedar Kepentingan Martial Art - “Bukan Untuk Bergaduh, Sekurangnya Ada Asas Mempertahankan Diri”

Ia hilang isyarat dengan pusat kawalan kira-kira 1.30 petang waktu tempatan.
Video dikongsi saksi di media sosial menunjukkan pesawat itu berlegar-legar di ruang udara, sebelum terhempas.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar