Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?

Umirah Halim 26/04/2024 | 23:55 MYT

Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.

Sophia menipu?

Perkara tersebut dilakukan kerana Sarah berasa berang apabila mendakwa Sophia bertindak menjaja cerita yang tidak benar kepada pihak media mengenai kontroversinya bersama Aliff.

Menurut Sarah lagi, Sophia didakwa telah memberikan kenyataan palsu sebelum ini kepada pihak media semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri dan membuatkan orang ramai membenci Aliff.

Sophia melayan Aliff Aziz

Malah, Sarah turut menunjukkan bukti perbualan yang memaparkan bahawa Sophia masih berhubung dan ‘melayan’ Aliff di DM Instagram, walaupun telah membuat kenyataan sudah tidak melayan Aliff kepada pihak media.

Terdahulu, Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz.

Dia berani berbuat demikian kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff demi menjatuhkan isteri sendiri iaitu Bella Astilla

Selain itu, ramai juga yang terpalit dengan kontroversi ini setelah dipetik nama menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi oleh Sarah termasuk Caprice, Emma Maembong dan Chaca Maembong.

Berita Trending: “Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami…

Berita Trending: Ruhainies Private Akaun IG, Netizen Komen - “Sebab Dah Kantoi”
#Aliff Aziz #Ruhainies #Angel #Sophia #Sarah Yasmine #Barakbah
;