Hiburan

Sarimah Ibrahim Berhabis Kira-Kira RM50K Beli Wardrobe Demi Drama - "Untuk Menghayati Watak, Saya Dah..."

Asyikin Mayudin
22/05/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Sarimah Ibrahim Berhabis Kira-Kira RM50K Beli Wardrobe Demi Drama - "Untuk Menghayati Watak, Saya Dah..."
Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim sanggul mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM50,000 untuk penyediaan 'wardrobe', peralatan solekan dan sebagainya yang sesuai untuk watak lakonannya.

Mahu Pastikan Karakter Direalisasikan

Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.

“Kebanyakkan baju saya sediakan sendiri. Bahagian 'wardrobe' ada sediakan untuk babak tertentu, tetapi untuk menghayati watak itu, saya dah memikirkan sejenis perempuan yang dia akan 'kekwat' tentang baju dia.

"Jadi, saya pun terpaksa jadi 'kekwat' tentang baju. Untuk itu, kalau kita nak buat betul-betul, kita buat betul-betul. Jadi, boleh dianggarkan kira-kira RM50,000 juga saya berhabis demi watak, seorang wanita sangat berdikari yang kaya,” katanya kepada Gempak.

Beberapa Faktor Lain

Bukan itu sahaja, Sarimah turut memberitahu banyak faktor lain untuk memastikan karekter lakonannya dapat dijiwai dan disampaikan kepada penonton dengan baik.
“Banyak faktor terlibat dalam menjayakan satu watak sebenarnya. Dari segi penampilan, gym, baju, rambut, penghayatan, suara, cukup tidur, disiplin dengan masa, pastikan kulit cerah, kuku cantik dan semuanya cantik.

BERITA TRENDING: Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’ Dari Industri Seni - “Saya Masih Ada Cuma…”

"Kalau kita senarai benda itu, nampaklah. Tapi, kalau tengok saja, orang boleh anggap benda itu dah senang. Namun, itulah prosesnya untuk merealisasikan setiap watak.
“Bagi drama Astro yang akan datang pun, saya dah mulakan persediaan awal," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar