Hiburan

Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’ Dari Industri Seni - “Saya Masih Ada Cuma…”

gempak
Asyikin Mayudin
11/05/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’ Dari Industri Seni - “Saya Masih Ada Cuma…”
Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim memberitahu dia tidak pernah menghilang dari dunia industri seni namun perjalanannya kariernya mula berubah dari semasa ke semasa.

Terima Tawaran Jadi Penyampai Radio

Sarimah berkata perubahan karier bermula selepas dia menerima tawaran menjadi penyampai radio untuk bahasa Inggeris menyebabkan dia tidak aktif dalam industri bahasa Melayu.
“Saya rasa, sampai 2009 hingga 2010, saya agak aktif… masa itu ada AF. Habis kontrak dengan Astro hujung 2010. Lepas itu, saya terima tawaran jadi penyampai radio. Saya berhijrah ke industri bahasa Inggeris.
“Saya tak boleh tolak tawaran masa itu sebab ia satu peluang yang baik. Saya pula ketika itu nak simpan duit lebih banyak untuk diri sendiri, nak beli rumah. Kontrak itu berakhir 2012, dapat tawaran stesen radio lain.
“Radio itu ambil saya selama dua tahun. Jadi, saya tak hilang… cuma saya tak muncul dalam industri bahasa Melayu. Saya masih ada, dalam pada masa sama, saya sangat gembira.
“Sebab masa itu, kalau sebelum ini target audience Malay saja, tapi bila untuk radio itu saya dapat kembangkan audience saya… semua rakyat Malaysia yang ada. Cuma peminat Melayu ingat saya hilang, sebab mereka tak dengar radio bahasa Inggeris,” katanya kepada Gempak.
Sarimah berkongsi perkara itu ketika ditemui sesi private luncheon bersama media di Red Chinese Cruisine, Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) baru-baru ini.

Rehat Untuk Fokus Keluarga

Dalam pada itu, Sarimah memberitahu dia mula berehat dari industri selama dua tahun sekitar 2015 disebabkan mahu memberi tumpuan kepada rumah tangga dan mengandung.
“Pada penghujung 2015, saya kahwin pula. Saya tinggalkan dunia radio Inggeris untuk fokus kepada rumah tangga selama dua tahun, lepas itu nak hamil pula. Jadi kena usaha, sambil buat kerja pengacaraan.
“Saya ada buat beberapa kemunculan dalam bidang pengacaraan sebab nak fokus kepada keluarga dan cuba hamil. Alhamdulillah, saya hamil 2018… bila bersalin pula Covid.
“Lepas itu Covid, dua tahun tak buat apa-apa. Tapi saya buat sesuatu yang bermanfaat. Saya mula terlibat dengan kesihatan mental, kerja dengan MIASA dan keluar lagu dengan Damien ‘Harapan’.
“Sambil itu juga saya ada sertai NGO Empaty. NGO yang kecil tapi sangat bersemangat untuk wujudkan skill empati dalam masyarakat kita,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Dibandingkan Dengan Sarimah Ibrahim & Marion Caunter, Zahnita Tegur Netizen Puaka

BERITA TRENDING: “Alasan Betulkan Mikrofon” - Pernah Diraba, Sarimah Ibrahim Kongsi Pengalaman Terkena Gangguan Seksual

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live