Sukan
"Saya Ada Kuota Khas" - Norza Tak Guna Duit Kerajaan, Bawa Keluarga Ke Olimpik Paris 2024
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tampil membuat penjelasan mengenai isu yang tular berkaitan tindakan presidennya, Tan Sri Norza Zakaria yang membawa keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Isu timbul selepas Norza dikatakan membawa keluarganya ke temasya itu dengan mereka memperoleh kad akreditasi sementara beberapa atlet hadir 'tempang' ke Paris tanpa pasukan sokongan mereka.
Ia menjadi pertikaian dalam kalangan peminat sukan negara terutamanya penyokong badminton selepas pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dinafikan membawa pakar fisio serta rakan sparring manakala jurulatih pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei tidak dapat bersamanya di Paris.
BERITA TRENDING: MOM Jawab Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet Ke Olimpik Paris
Memetik laporan Free Malaysia Today, Norza mengatakan yang dia mempunyai kuota khas sebagai Presiden MOM untuk membawa tetamu ke temasya tersebut tanpa menganggu bahagian yang dibenarkan untuk atlet dan pegawai.
Menurut Norza, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengatakan setiap presiden dan setiausaha agung bagi setiap majlis Olimpik negara bertanding dibenarkan membawa tetamu atas kapasiti mereka.
Malah, Norza yang juga merupakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengatakan perbelanjaan tetamunya di sana tidak melibatkan dana kerajaan.
"Saya ada kuota khas, dan itu tidak mengganggu dengan kuota diberikan kepada atlet.
"Kad akreditasi untuk tetamu itu tertakluk kepada pelbagai batasan terutamanya mengenai akses di gelanggang serta perkampungan atlet.
"Paling penting, ia tidak menggunakan dana kerajaan," ujar Norza.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: MOM Pilih Rekaan Baharu Pakaian Kontinjen, Tampilkan Corak Belang Harimau Lebih Garang
BERITA TRENDING: Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery Malaysia
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Netizen Terharu, Ucap Terima Kasih Pada Aaron Chia & Soh Wooi Yik - “Bendera Malaysia Berkibar Jua Di Bumi Paris”
Sumber: Majoriti, Free Malaysia Today