Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Kena Scam!" - Riezman Khuzaimi Rugi RM1 Juta Dakwa Ditipu Perunding Acara, Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia Tukar Tarikh & Lokasi

Amri Hassan 15/07/2023 | 04:45 MYT
Pengarah Projek Mission Sight Sdn. Bhd., Riezman Khuzaimi megalami kerugian kira-kira RM1 juta didakwa telah ditipu oleh perunding yang dilantik untuk mengendalikan Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos ini.
Dedah Riezman, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Brickfields pada 14 Jun lalu dan kes terbabit dalam siasatan pihak berkuasa.
"Saya adalah penggiat filem, pelakon dan penerbit, ini kali pertama saya menganjurkan konsert dan banyak benda perlu saya belajar.
"Saya melantik satu syarikat konsultan untuk mengatur perjalanan konsert dan sangat sedih apabila ditipu.
"Saya mengalami kerugian sangat besar disebabkan konsultan yang dilantik tidak menjalankan kerja seperti membayar lokasi, sistem bunyi, memohon lesen dan sebagainya.
"Apabila semua perancangan tidak berjalan lancar, saya terpaksa terpaksa tukar tarikh dan lokasi. Semua lokasi sudah penuh, kecuali Stadium Malawati yang ada kekosongan pada 30 September depan, itu pun selepas ada penganjur menarik diri.
"Boleh dikatakan kami mengalami kerugian hampir RM300,000 kerana jumlah itu yang sudah diserahkan pada konsultan, ditambah RM800,000 yang terpaksa dikeluarkan lagi untuk meneruskan konsert ini," dakwanya.
Riezman ditemui pada sidang media tergempar untuk memaklumkan tarikh dan lokasi baharu Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tambah Riezman, dia mula mengesyaki ada kes penipuan ketika hadir ke sidang media pertama pengumuman Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia pada 22 Mei lalu.
"Saya kesal, sidang media terbabit agak mengecewakan dan paling teruk, pernah saya hadir.
"Antaranya seperti saya menjemput penyanyi dari Indonesia, tetapi mereka tidak boleh ditemubual oleh media massa.
"Rupa-rupanya konsultan tidak memohon kebenaran dari Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
"Jadi, selepas sidang media saya sendiri naik dan turun PUSPAL berjumpa pegawai dan sebagainya.
"Saya sememangnya ditipu kerana lesen yang dimohon. Jadi, saya sudah membuat laporan polis untuk mengambil tindakan undang-undang," ujarnya.
Tidak berputus asa, Riezman meneruskan Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia dan telah menukar tarikh ke 30 Septemper depan di Stadium Malawati Shah Alam.
Malah, Ratu Dangdut, Amelina juga telah mengambil alih tempat Baby Shima untuk menjayakan konsert terbabit selain barisan penyanyi asal lain termasuk Ani Maiyuni, Siti Badriah, Hesty Klepek Klepek, Fitri Carlina dan Rheyna Morena.
BACA: Anjur Konsert Dangdut & Undang Baby Shima Menyanyi, Riezman Khuzaimi Sedia Dikecam
BACA: Terbabit Konsert Goyang Asia Koplo Milenia, Siti Badriah Rindu Durian Malaysia
BACA: "Zaman Saya Dulu, Kalau Bergelek Tak Ada Pun Orang Label Lucah" - Ani Mayuni
#pelakon #Dangdut #Riezman Khuzaimi #Tipu #Rugi #Scam #Konsert Goyang Asia Koplo Milenia #Konsultan
;