“Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Cik Epal mengakui masih menghormati Jofliam sebagai suami walaupun berdepan dengan masalah rumah tangga.
Cik Epal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram menyatakan Jofliam merupakan seorang bapa yang baik dan sangat bertanggungjawab kepada dua mereka iaitu Han serta Yuki.
“Saya mash hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han dan Yuki,” maklumnya.
Tak suka dedah masalah rumah tangga di media sosial
Bagaimanapun, Cik Epal memohan doa orang ramai mendoakan supaya dia dapat mengendalikan situasi tersebut dengan tenang dan matang.
“Saya sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar saya dengan dia sahaja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan.
“Saya tak nak keruhkan keadaan. Saya percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik.
“Korang doakan saya dapat handle situasi ini dengan tenang dan matang,” tulisnya.
Terdahulu, pempengaruh dan usahawan Jofliam tampil meluahkan rasa kecewa kerana telah difitnah curang.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jofliam berkata, semuanya berpunca apabila dia membawa staf wanita bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.
Malah, bapa dua anak itu turut mendedahkan salah seorang staf telah menuduh dia berlaku curang terhadap isterinya, Cik Epal.
ARTIKEL BERKAITAN:Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Tak Ternilai Harga Cinta & Setia Dia” - Hadiahkan Jam Hampir RM100,000, Ramai Puji Cik Epal Tak Berkira Dengan Suami
ARTIKEL BERKAITAN:Pizza Jofliam Wakil Malaysia Bertanding Di Itali, Dapat Top 4 Daripada 50 Seluruh Negara!