Hiburan
“Saya Masih Sayangkan Isteri & Anak-Anak” - Farid Kamil Akan Berusaha Jernihkan Keadaan
Pelakon, Farid Kamil akhirnya tampil memberikan respon terhadap kenyataan isterinya, Diana Danielle yang mengumumkan sudah mengambil keputusan untuk berpisah.
Farid menerusi video pendek di akaun Instagram miliknya memaklumkan masih menyayangi isteri dan anak-anaknya.
“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan macam seperti semua orang maklum, saya sayangkan isteri saya. Saya sayangkan anak- anak saya,” ujarnya.
Dalam video yang sama juga, Farid berkata dia akan berusaha untuk menjernihkan keadaan agar kembali pulih seperti sedia kala.
“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali, insya-Allah doakan yang baik-baik,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Diana Danielle Bakal Fail Cerai Terhadap Farid Kamil, Anggap Rujuk Bukan Untuk Semua Orang - “Let Me Go”
Terdahulu, pada Isnin, Diana Danielle mengumumkan dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Malah kata Diana, dia juga akan memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Namun, Diana memilih untuk mengunci mulut mengenai keputusan yang telah dibuat.