Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Minta Maaf, Suami Saya Memang Panas Baran... Tak Boleh Dengar Orang Rem Motor" - Isteri Pemandu Kereta

Gempak 16/12/2023 | 12:12 MYT
“Maaf, minta maaf, suami saya memang panas baran, tak boleh dengar orang rem (ekzos) motor.”
Itu permohonan maaf isteri kepada seorang pegawai kanan polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian melanggar seorang pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh, Perak semalam.

BERITA TRENDING: Mohammad Zaharif Bersiap Untuk Solat Jumaat Sebelum Dilanggar - "Dia Habiskan Susu Saya, Makan…

Wanita terbabit yang juga seorang guru di sekolah mangsa berkata demikian kepada kakaknya di lokasi kejadian.

BERITA TRENDING: Pegawai Kanan Polis Ditahan Kes Langgar Pelajar Depan Sekolah

Kakak mangsa, Nur Zawanie Muhd. Zamrie, 28, mendakwa, suspek bagaimanapun, langsung tidak minta maaf daripada keluarga.
“Isteri dia ada berjumpa dengan saya sewaktu di tempat kejadian, datang memohon maaf. Ini verbally, isteri dia cakap dekat saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Chepor Sentosa.

PILIHAN PEMBACA: Muhammad Zaharif Terseret 5 Meter Selepas Dilanggar

Nur Zawanie yang juga jururawat berkata, ketika dia tiba di lokasi kejadian, adiknya itu masih sedar dan boleh bercakap sedikit, namun dilihat mengalami sesak nafas.

“Semasa itu saya sampai, saya memang nampak pelakunya di situ. Si pelaku tidak ada menawarkan apa-apa pertolongan, nak telefon ambulans ke, nak memohon maaf ke, atau nak mengaku, tiada.
“Memang dekat situ ramai yang dengar, saya dan ayah saya dengar dan orang di situ pun dengan yang lelaki itu (pelaku) mengatakan dia polis seperti yang ditularkan. Saya kesal kerana kejadian itu melibatkan seorang pegawai polis,” ujarnya.
Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang Muhammad Zaharif Affendi dengan sebuah kereta Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 44 tahun.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu kereta terbabit tidak berpuas hati dengan mangsa kerana membuat bunyi bising ekzos motosikal.
Suspek yang seorang pegawai kanan polis itu telah mengejar mangsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.

BERITA TRENDING: ​Calon SPM Maut Kemalangan Langgar Lari Dekat Sekolah

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan berkenaan sebelum kakaknya, Nur Zawanie datang dan memberi rawatan awal kepada adiknya.

Sumber: Kosmo! Online

#Viral #Rem #sekolah #Isteri #SPM #Ipoh #Motor #Langgar #Muhammad Zaharif #Ativa
;