Viral
"Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout
Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikToknya baru-baru ini.
Kata Nur Syamimi Azmi, 27, dia tidak menyangka berdepan masalah kulit yang kronik akibat penggunaan produk yang dipercayai mengandungi bahan merkuri sejak usia 14 tahun lagi.
Demi memperoleh kulit selicin kulit telur, rupa-rupanya lapisan perlindungan kulitnya perlahan-lahan menipis akibat penggunaan produk terbabit.
Nanah meleleh
Bagaimanapun, biarpun memutuskan untuk berhenti menggunakan produk terbabit selepas mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, kulitnya yang sudah terdedah kepada bahan berbahaya itu menjadi semakin parah.
Kulitnya ditumbuhi jerawat, bernanah dan merebak seluruh wajah.
undefined
Walaupun berdepan situasi sedemikian, Mimie bersyukur masih punyai pasangan hidup yang sentiasa memberikannya semangat tanpa putus asa.
"Suami tak pernah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan saya. Malah, dia sentiasa memuji kecantikan saya dan yakin keadaan kulit saya akann pulih semula satu hari nanti.
"Saya pernah cakap dekat dia, carilah orang lain. Muka saya dah buruk," kongsinya lagi.
Sehingga artikel ini ditulis, video-video Mimie tular telah mencecah lebih 2.3 juta tontonan. Kini Mimie sedang mendapatkan rawatan kulit muka di AINAA Clinic yang ditaja sepenuhnya oleh pempengaruh media sosial dan pengasas produk, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina.