Hiburan

"Saya Trauma! Selepas Kejadian Itu Saya Takut ..." - Shaza Bae

Amri Hassan
23/09/2024
01:50 MYT
Sponsor Banner
"Saya Trauma! Selepas Kejadian Itu Saya Takut ..." - Shaza Bae
Pelakon dan pengacara jelita, Shaza Bae akui dirinya masih trauma selepas berdepan kemalangan jalan raya selepas pulang daripada lokasi penggambaran baru-baru ini.
Dedah Shaza, kemalangan yang berlaku di Bangi, Selangor pada awal bulan September lalu masih membuatkannya takut.

"Saya trauma . Selepas kejadian itu, apabila nak memandu jarak jauh, saya rasa takut. Bila nak memandu dengan jarak sebegitu selepas mengalami kemalangan, saya rasa agak seram sedikit," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: "I Could Have Died Last Night" - Shaza Bae Kemalangan Selepas Pulang Dari Penggambaran

Biarpun tidak mengalami sebarang kecederaan, Shaza sempat meninggalkan pesan kepada setiap individu terutama pemandu agar tidak cuai dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.
"Saya tak pernah kemalangan sebelum ini, ketika pertama kali kemalangan, saya rasa macam Subhanallah, nyawa cuma ada satu sahaja.
"Saya bersyukur masih selamat dan tak berlaku sebarang kecederaan, itu yang paling penting. Bila orang cakap ‘nyawa itu cuma satu’, hari kemalangan terbabit saya benar-benar rasakan perkara itu.
"Nasihat saya kepada mereka yang nak memandu, kalau nak memandu laju, pastikan laju anda itu selamat dan tidak melanggar orang lain. Jika berlaku kemalangan, orang lain akan mendapat impak," tambahnya.
4 September lalu, sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar kereta di hadapan Shaza sebelum terbabas dan melanggar empat kenderaan lain, termasuklah kereta milik pembantu peribadinya.
Ketika itu, Shaza dan pembantu peribadinya dalam perjalanan pulang dari penggambaran. Kenderaan itu dipandu oleh pembantu peribadi Shaza dan juara Dewi Remaja 2019 itu berada di kerusi penumpang.
Sementara itu, Shaza yang baru usai penggambaran sebuah drama bersiri untuk sebuah stesen televisyen
Shaza ditemui pada majlis pertunjukan koleksi jenama mewah AIGNER Fall/Winter 2024 di butik AIGNER Pavilion KL, baru-baru ini.
Selain Shaza, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti lain seperti Riz Amin, Alya Iman, Yazmin Aziz dan ramai lagi.
Koleksi Musim Luruh dan Sejuk 2024 untuk AIGNER diperkenalkan dan membawakan seleksi gaya terkini. Temui koleksi baharu jenama mewah ini dengan Leonie Hanne yang ikonik sebagai bintang kempen di butik Pavilion KL, IOI City Mall dan Suria KLCC.

BERITA TRENDING: Shaza Bae Pernah Ditawar RM20,000 Untuk ...

BERITA TRENDING: Rogol Dalam Perkahwinan, Iddah, Rujuk & Zina, 'Nusyuz Berkiblat Cinta' Kupas Topik-Topik Panas! Ini Jawapannya ...

BERITA TRENDING: “Macam Ada Bisikan, Siap Tangan Saya Ditarik” - Shaza Bae Terpaksa Dibacakan Ayat Kursi Sebab Kena Gangguan? Allahuakbar!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar