Hiburan

Scha Elinnea Tak Pernah Dibela ‘Sugar Daddy’, Kehidupan Mewah Atas Kerja Keras - “Saya Pun Tiada Apa Sangat Nak…”

Umirah Halim
16/01/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Scha Elinnea Tak Pernah Dibela ‘Sugar Daddy’, Kehidupan Mewah Atas Kerja Keras - “Saya Pun Tiada Apa Sangat Nak…”
Sering dikaitkan dengan gosip dibela ‘sugar daddy’, pelakon Scha Elinnea dengan sekeras-kerasnya menepis dakwaan tersebut.

Hasil kerja keras

Menurut Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, 25, dia tidak penah langsung terfikir untuk terlibat dengan perkara sebegitu.
Malah, kejayaan yang dirasai sekarang adalah hasil kerja kerasnya sendiri.

“Saya anggap itu adalah fitnah. Perkara ini pun dah lama sebenarnya. Saya pun tiada apa sangat nak ulas. Tapi, saya tak pernah terlibat dan tak pernah teringin pun nak buat perkara seperti itu.

“Apa yang saya lakukan semua adalah hasil kerja keras dan sokongan daripada keluarga saya, ibu bapa saya pun tahu dan percaya saya tidak akan buat perkara seperti itu.
“Saya sendiri sebagai anak pun takkan nak bagi duit kat ibu bapa saya dari sumber yang haram,” tegasnya ketika ditemui Gempak di majlis sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA2024) bertempat di Dadi Cinema, Pavillion, KL.
Dalam pada itu, ketika disoal mengenai status percintaannya, Scha bagaimanapun lebih selesa untuk membiarkan perkara tersebut kekal sebagai rahsia.
“Saya fokus dengan diri sendiri je sekarang. Status itu biarlah rahsia buat masa sekarang. Biar saya sahaja yang tahu.
“Bercinta dengan diri sendiri dan kerjaya sahaja sekarang,” tambahnya lagi.

BERITA TRENDING: “I Love You A Trillion” - Kongsi Foto Berpeluk, Kaka Azraff & Adam Azriff Kembali Bersama?

BERITA TRENDING: Tyra Kamaruzzaman Tak Boleh Tahan Dah! Geram Dengan ‘Penyondol’ - “Awak Takkan Faham Macam Mana Sakitnya Sebab…”

BERITA TRENDING: “Ini Adalah Investment Saya Untuk…” - Mierul Aiman Beli Rumah, Peminat Teruja Nak Jadi Jiran

BERITA TRENDING: Serangan 'Virus Botak' Cetus Kebimbangan

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024