Laman Utama

Sebak! Raya Tanpa Orang Yang Tersayang Meninggal Kerana Covid-19, Drama Makna Raya AEON Ini Benar-Benar Menyentuh Hati

Syafiqah Jalal
15/04/2022
08:05 MYT
Sponsor Banner
Sebak! Raya Tanpa Orang Yang Tersayang Meninggal Kerana Covid-19, Drama Makna Raya AEON Ini Benar-Benar Menyentuh Hati
Menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan orang yang tersayang adalah sesuatu yang membahagiakan serta menjadi impian setiap insan.
Namun tiada apa yang kekal dalam hidup ini kerana manusia juga akan datang dan pergi buat selamanya tanpa kita jangka.
Lebih-lebih lagi, sejak dua tahun negara dilanda Covid-19, ramai ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan kita yang meninggal dunia akibat wabak berkenaan.
Siapa sangka orang yang kita sayang pergi sekelip mata hanya kerana virus yang kita baru sahaja kenal sejak lebih dua tahun lalu ini.
Memahami situasi ini, sempena sambutan Syawal tidak lama lagi AEON yang membawa slogan Salam Raya Penuh Makna mempersembahkan lima episod drama mini siri berjudul Makna Raya AEON untuk tontonan dan hiburan semua.
Makna Raya merupakan drama pendek yang mengisahkan tentang pengorbanan dan kasih sayang mengenai lima keluarga dalam menyambut Raya dalam cara berbeza selepas kehilangan orang tersayang atau ahli keluarga masing-masing akibat wabak Covid-19.
Makna Raya akan ditayangkan setiap hari Jumaat jam 6 petang di laman Youtube AEON. Diarahkan oleh Ariff Zulkarnain & Khairi Anwar, Makna Raya AEON telah dibarisi pelakon-pelakon seperti Kirin Muhammad, Adriana Adnan, Fadhilah Mansor, Syumaila Salihin, Megat Adli dan Izhar Azree.
Drama mini siri ini telah bermula pada 8 April lalu dengan episod pertama berjudul Terima Kasih Pak Lang. Dalam episod ini mengisahkan tentang adik-beradik yang kehilangan kedua ibu bapa akibat wabak covid-19 dijaga baik oleh Pak Lang. Bagaimanakah Raya mereka bersama Pak Lang? Saksikan episod satu Makna Raya AEON ini!
Akan datang Makna Raya AEON akan menayangkan episod kedua berjudul Abang Sayang yang mengisahkan tentang seorang abang yang cuba mengambil alih tugas ibu bapanya yang telah tiada akibat Covid-19. Bagaimana seorang abang cuba selindungkan rasa sedih pilunya di hadapan adik-adiknya supaya Hari Raya dapat disambut dengan gembira? Saksikan raya penuh harapan mereka di Makna Raya AEON episod 2 pada 15 April ini.
Sementara Makna Raya AEON episod ketiga pula berjudul Pelita Atuk yang mana ia mengisahkan tentang bapa yang kehilangan anak lelaki yang disayangi atas sebab Covid-19. Adakah kasih saya atuk dapat mengubat rasa rindu dan menjadi hari raya mereka penuh harapan? Saksikan Makna Raya AEON episode 3 ini pada 22 April ini.
Makna Raya AEON episod empat pula berjudul Cucu Nenek yang mengisahkan kenangan indah bersama nenek tidak dapat dilupakan. Dalam drama ini seorang cucu cuba mengimbau memori bersama nenek yang sudah pergi buat selamanya sempena Hari Raya. Apakakah makna raya mereka tahun ini? Saksikannya dalam Makna Raya AEON episod 4 pada 29 April ini.
Episod akhir Makna Raya AEON berjudul Memori Mira yang mengisahkan Mira yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan akibatnya dia telah hilang ingatan daripada kehidupan sebelumnya. Mira cuba mencari bagaimana kehidupan dia sebelum kemalangan. Adakah ingata Mira pulih kembali dan dapat menyambut raya seperti biasa? Saksikannya Makna Raya episode 5 pada 6 Mei depan.
Jangan lupa saksikan kelima-lima drama mini siri ini yang pasti bakal memberi makna dan menyentuh hati anda untuk saling prihatin terhadap kehilangan orang lain supaya mereka tetap dapat menyambut Aidilfitri ni dalam senyuman.
Makna Raya AEON bakal ditayangkan setiap hari jumaat , jam 6 petang bermula 8 April lalu sehingga menjelang raya 6 Mei depan di saluran Youtube AEON.
Untuk tidak terlepas setiap episod nanti, jangan lupa tonton dan langgan Youtube AEON di Makna Raya
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar