Laman Utama
“Sebarkan Benda Tak Benar, Bila Dah Kena Baru Tahu..” - Abang Siti Sarah Mohon Maaf Pada Frontliners, Akan Ambil Vaksin Tak Lama Lagi
Abang kepada Allahyarham Siti Sarah, Ahmad Firdous Raisuddin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada golongan doktor, jururawat serta memberikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan ini yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawanya.
Menurut Firdous, setelah merasai sendiri sakitnya dijangkiti COVID-19 tahap 4 sehingga ditempatkan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), dia sangat menghargai jasa semua petugas hospital.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang doktor tweetfamous, Dr. khairul Hafidz berkongsi sedutan video Firdous itu untuk tatapan umum.
“Orang kata Covid is real, memang Covid is real. Dah kena, Covid is real la. Pada mereka yang saya tulis doktor pembunuh la apa la, saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor, pada nurse dan berterima kasih.
“Bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa saya ni, terima kasih banyak-banyak. Frontliners memang saya respect. Frontliners yang menjaga di wad ICU, saya katil kat depan, bayangkan macam mana diorang bekerja.
“Yang kita ni pulak kata nurse tu nak bunuh kita. Ada nurse tunggu depan kita, apa-apa jadi kau kencing, kau berak, dialah yang mengelap, pakai pampers. Wad ICU mana ada tandas. Macam mana kita nak hina dia lagi.
“Tu la kata, bila dah kena, baru tahu. Baru kita rasa, teruklah kita ni. Menyebarkan benda yang tak benar, tak baik, padahal dia yang tolong kita ,” ujar Firdous di dalam video Facebook Livenya pada Sabtu.
Tambah Firdous lagi, dia yang selama ini dikatakan sebagai antivaksin, akan mengambil vaksin COVID-19 tidak lama lagi.Syukur mendengar luahan hati abang Sarah Raissuddin, Firdaus, yang bercerita mengenai pengalaman beliau dijangkiti COVID-19 dan masuk ke ICU.Akhirnya beliau percaya mengenai COVID-19, vaksin dan beliau berterima kasih dengan staf kesihatan yang menjaga beliau. Alhamdulillah pic.twitter.com/nqlxlcyeqA— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 28, 2021
“Diri saya bila dah kena, insyallah bila saya sihat, insyallah saya akan ambil vaksin. Saya tahu penderitaan orang yang kena Covid sangat teruk. Mana yang cakap dulu saya antivaksin, takpe la itu pengalaman hidup saya, pengajaran bagi saya. Dan mereka-mereka yang taknak ambil (vaksin), terpulang pada korang.
“Saya tak paksa tapi bila kena Covid walaupun tahap 1, 2, kena ingat korang boleh jangkit pada orang lain dan orang lain kita tak tahu antibodi diorang macam mana.
“Pengalaman saya di ICU, saya baring, ada yang baru masuk dan ditidurkan, esok pagi dialisis terus, saya tengok benda-benda ni dalam ICU amat-amat mengerikan, menakutkan. Hari-hari kita berdoa, kadang moral kita down, boleh jadi naik, nak keluar daripada ICU untuk lawan Covid ni,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian kepada Firdous di atas pengakuan dan permohonan maafnya di atas segala tindakannya sebelum ini.
“Selalu cakap kat colleague antivaksin ni belum ada family yang meninggal/diri sendiri kena memang akan pungpang pungpang. Abang arwah sarah ni bagus. Dia tahu dia silap. Dia mintak maaf dan terus berubah,” kata seorang wargamaya.
“So happy dia dah sedar from his mistakes,” ujar seorang wargamaya.
“Ye orang bersilih ganti tukar masuk icu. orang depan, kanan, hujung meninggal. Bersyukur diberi peluang lagi,” komen seorang wargamaya.
“Win teruk ni. Bila dah insaf macam ni rasa lega alhamdulillah, lega pulak tengok survive. Semoga berkurangan geng antivaksin ni,” kata seorang wargamaya.
“Alhamdulillah. Beliau diberi peluang kedua. Ini pengalaman beliau,” tulis seorang wargamaya.
“Sebarkan video ini bagaimana tersebarnya cerita covid dan vaksin itu hanyalah tipu-tipu mainan WHO. We frontliners will never ask anything in return, kalau anda tak nak cakap terima kasih pon takpa, just dengar nasihat, jaga diri dan keluarga itupun lebih dari cukup untuk kami,” luah seorang wargamaya.
“Dah kena baru nak taubat. Better late than never. Syukur Tuhan bagi peluang utk hidup lagi,” pesan seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, Firdous disahkan positif COVID-19 dan ditidurkan di ICU, Hospital Serdang pada Ogos lalu.
Sebelum itu, Firdous dikatakan telah memuat naik status di Facebooknya seolah-olah mempertikaikan keberkesanan vaksin COVID-19 yang pada waktu itu sedang giat diberikan kepada orang ramai.
Must-Watch Video