Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Selamat Berehat Kak Ana, Moga Bertemu Di Syurga" - Haiza

Amri Hassan 20/06/2023 | 18:20 MYT

Penyanyi dan penyampai radio Haiza Hanafi menitipkan kata-kata akhir buat sahabat karibnya, Allahyarham Rohana Jalil yang meninggal dunia pada lewat malam Selasa.

BACA: TERKINI! Rohana Jalil Meninggal Dunia
BACA: Pohon Doa Ramai, Pengurus Sahkan Rohana Jalil Hanya Bergantung Pada 2 Alat Bantuan- "Jantungnya Boleh Berhenti Pada Bila-Bila Masa..."
Kongsi Haiza di Instagram, Allahyarham 'pergi' selepas selesai majlis bacaan Yasin yang diadakan pada malam sama.
"Selamat berehat Kak Ana. Allah lebih sayang Kak Ana. Allah permudah segala urusan.
"Usai bacaan Yasin malam tadi untuk Kak Ana kami dikejutkan dengan pemergian akak.
"Bila akak bertarung dengan sakit yang akak lalui sebenarnya Allah nak angkat darjat akak. Moga bertemu di syurga kak. Alfatihah DARA JALIL. Haiza sayang Kak Ana," tulisnya.
Haiza turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham menerusi hantaran sama.
Allahyarham Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam Selasa.
Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarham memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.
Antara lagu popularnya ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To'ki.
Allahyarham berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.

#Penyanyi #Meninggal Dunia #Haiza Hanafi #Rohana Jalil
;