Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

Khairil Khusyairi 20/09/2024 | 05:55 MYT

Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.

Saluran Tersumbat

Kongsi Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 55, doktor memaklumkan kepadanya beberapa saluran dalam badannya tersumbat.

Kata Lan, dia tidak mempercayai dan memaklumkan dia jatuh sakit berkemungkinan disebabkan terlewat makan.

"Pada malam 31 Ogos lalu memang betul saya jatuh sakit, saya dimasukkan ke zon merah di Hospital Melaka, dalam jam 10 malam.

"Doktor beritahu ada empat saluran dalam badan saya ‘block’ (tersumbat), saya nafikan yang saya ada sakit jantung.

"Saya beritahu doktor, bukan masalah jantung tetapi ada masalah lain. Mungkin saya terlupa makan atau perut masuk angin sebab itu saya sakit. Waktu makan yang tidak menentu.

"Saya tidak pernah alami kejadian begitu, itu pertama kali. Tidak juga menunjukkan sebarang simptom sebelum saya jatuh sakit,” katanya ketika ditemui Gempak pada Rabu.

Tak Henti Berzikir

Asbab berzikir, Lan dibenarkan keluar hospital dan kembali meneruskan tugasan kerja selepas kembali sihat.

"Sepanjang di hospital saya tidak henti zikir, alhamdulillah dapat keluar malam itu juga dan doktor terkejut saya boleh sambung kerja terus pergi ke sebuah konsert sempena Merdeka.

"Ahli Senario semua menangis lihat saya berada semula di konsert itu. Kami sudah macam adik beradik, apabila ada ahli yang sakit sudah pasti akan bersedih atau risau.

"Senario bertahan juga adalah kerana peminat yang sentiasa menyokong dari dahulu hingga kini,” kongsinya lagi.

Tambah Lan, dia juga pernah membuat pemeriksaan lanjut di Institusi Jantung Negara di Alor Setar, Kedah.

Terdahulu, anggota Senario iaitu Saiful Apek memaklumkan Lan jatuh sakit pada hari persembahan mereka yang dijadualkan berlangsung pada malam 31 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lambat 5 Minit Tiba Di Hospital, Saya Mungkin Sudah Tiada…” - Azlee Syukur Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN - “Mohon Sama-Sama Dipermudahkan Urusan”

ARTIKEL BERKAITAN: Hamdan Senario Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Nak Peminat Tahu Sebenarnya…” - Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Asal Usul Nama Senario!

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet-Pet Tukar Kerjaya, Mulakan Tugas Sebagai Pembantu Peguam

#pelakon #Pelawak #hospital #Senario #Kesihatan #Lan Pet Pet #Wad #Zikir #Jantung #Saluran #Tersumbat
;