Sebut saja nama kumpulan lagenda Senario, siapa saja yang tidak kenal bukan? Tambahan pula, kumpulan tersebut sudah melancarkan filem terbaru mereka, Jaga-Jaga Senariounion.

Namun, dalam pada ramai menyaksikan filem itu, tahukah anda bagaimana nama asal Senario tercipta?

Ada yang mengatakan ia berasal daripada perkataan ‘Senang riuh’ dan tidak kurang juga mendakwa daripada ‘Sinar Rio’.

Namun, menerusi temu bual dalam sebuah program beberapa tahun lalu, nama Senario ini datangnya daripada nama program.

Menurut Saiful Apek, mereka mahu semua tahu sebenarnya Senario itu adalah nama program.

“Nak peminat tau sebenarnya Senario itu adalah nama program.

“Daripada sinaran mereka cadangan nama sinar-riuh,” katanya.

Dalam pada itu, ramai yang merasakan ‘keriuhan’ Senario kali ini terserlah dalam filem terbaru mereka.

Jelas penonton, filem tersebut sangat berbeza dengan karya Aziz M Osman sebelum ini.

“Abang Aziz berjaya memaparkan situasi keriuhan dalam sebuah rumah.

“Filem ini berseri dan sukar diduga. Indahnya jika dalam rumah tersebut ada Abg Lan sama.

“Apa pun jom tonton Jaga-jaga Senariounion,” kata seorang netizen.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Sekadar info, Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.