Selepas Kereta Maxus, Nabila Beli Range Rover Harga RM2.5 Juta, Netizen Tumpang Happy - “Suka Tengok Orang Bekerjaya Berjaya…”
Selepas baru sahaja beberapa bulan memiliki kereta jenama mewah MPV, Westar Maxus usahawan, Noor Nabila kembali mencuri perhatian warganet apabila membeli kereta jenama Range Rover pula.
Menerusi satu hantaran video yang di muatnaik oleh Rosix Omar, memaparkan momen Nabila yang sedang memandu kereta baharu tersebut.
undefined“Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Bella dapat kereta idaman. Dia periksa dulu sebelum ambil. Hari ini, keretanya dah sedia untuk dibawa pulang,” katanya menerusi video tersebut.
Difahamkan, Range Rover warna kelabu yang dilengkapi nombor pendaftaran eksklusif itu merupakan model terbaharu yang dianggarkan bernilai sekitar RM2.5 juta.
Netizen kagum dan terinspirasi
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum dan menganggap kejayaan kakak kepada Neelofa itu patut menjadi contoh kepada orang ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah 'On Off' Pakai Tudung, Ameera Khan Harap Akan Istiqamah Jika Kembali Berhijab - "Apa Yang Saya Boleh Katakan Sekarang..."
ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa
ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”
ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan, Sabrina Dipuji Kongsi Kesedaran Tentang Palestin
“Range Rover mantap bella, tumpang happy tengok.
“Wow! tahniah Bella! kereta idaman ku juga tuhh.
“Suka tengok orang yang kerjaya dan berjaya bagi motivasi dekat kita untuk jadi lebih baik,” komen beberapa netizen.