Laman Utama
Ameera Khan, Sabrina Dipuji Kongsi Kesedaran Tentang Palestin
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, nama artis dan pempengaruh yang tidak berkongsi tentang apa yang sedang berlaku di Palestin menjadi sebutan dalam kalangan netizen.
Menurut mereka, individu yang mempunyai pengaruh besar di media sosial sepatutnya menggunakan platform berkenaan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pengikut mereka mengenai kemelut yang berlaku.
Namun, masih ramai dalam kalangan individu ternama yang menggunakan platform mereka sehabis baik untuk berkongsi dan juga membantu meraih dana bagi disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Antaranya adik kepada Neelofa iaitu Ameera dan juga pempengaruh Sabrina yang kini menetap di Korea.
Salah seorang pengguna platform X berkata, kedua-dua mereka dilihat tidak gentar untuk berbuat demikian sungguhpun mempunyai banyak ‘engagement’ daripada luar negara.
“LMK, Sabrina… both influencers yang banyak international engagement but they are both paling banyak update pasal Palestine. Padehal LMK tu lagi lah brand deal dia semua dengan luxury brands. Engkau takat gitu je pun takut lost job from who?” tulisnya.
Terdahulu, pempengaruh dan pencipta kandungan Syamimia menerima kecamana kerana enggan berkongsi tentang apa yang berlaku di Palestin.
Must-Watch Video