Laman Utama

“Semoga Anwar Ibrahim Pandang Kesengsaraan Rakyat Yang Menjadi Mangsa Ujikaji Vaksin” - Rita Rudaini

Shahrin Zulkifle
05/01/2023
06:00 MYT
Sponsor Banner
“Semoga Anwar Ibrahim Pandang Kesengsaraan Rakyat Yang Menjadi Mangsa Ujikaji Vaksin” - Rita Rudaini

Sejak kebelakangan ini, pelakon Rita Rudaini kerap berkongsi pandangan mengenai isu dos penggalak vaksin COVID-19 susulan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Terbaharu, Rita, 46, sekali lagi menyatakan sekiranya dos penggalak bukan suatu paksaan, seeloknya ditolak daripada mengambilnya.

Malah, aktres tersebut turut menasihati orang ramai agar berfikir dengan baik sebelum membuat keputusan untuk mengambil dos penggalak.

“Kalau tiada paksaan untuk booster, lebih baik semua tolak. Zaman sebelum ini depa (Kerajaan terdahulu) paksa sampai menyusahkan kita semua dengan cara zalim.

“Jadi 2023 ini fikirlah daripada kesilapan lalu wahai kawan-kawan sekalian,” katanya.

Rita berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories miliknya pada Rabu.

Serentak dengan itu, ibu kepada dua cahaya itu berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar ‘kesengsaraan’ rakyat dan mengambil tindakan bijak dalam mencari solusi terbaik terhadap isu yang sedang berlaku ketika ini.

“Saya yakin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat bijak dan adil.

“Semoga Anwar Ibrahim pandang kesengsaraan rakyat yang menjadi mangsa vaksin ujikaji,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan rakyat Malaysia mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 susulan perkembangan wabak itu yang kembali mengganas di China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah sebagai langkah siap siaga awal susulan perkembangan kes COVID-19 di China.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar