HIBURAN
"Semoga 'Dalang' Berani Tampilkan Diri," - PU Abu Dipukul
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan telah membuat laporan polis akibat dipukul beberapa hari lalu.
Menurut Abu, laporan polis telah dibuat dua kali iaitu pada Rabu dan Jumaat minggu ini.
Perkara itu dikongsi Abu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Insya-Allah moga dipermudahkan. Berkaitan kejadian pukul, saya telah pun membuat laporan pada hari Rabu (11/9/2019) dan Jumaat (13/9/2019) untuk tindakan pihak berwajib.
"Semoga dalang kepada kejadian ini berani menampilkan diri bagi menyelesaikan secara elok dan baik," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Abu turut memberitahu pengikutnya yang dia akan sentiasa memaklumkan orang ramai mengenai perkembangan kes pukul tersebut.
"Kejadian pukul terhadap saya ini akan saya update dari semasa agar tiada spekulasi dan fitnah yang timbul.
"Saya mohon doa daripada netizen agar keadilan dapat ditegakkan," tambahnya mengakhiri ruangan kapsyen.
Namun begitu, entri tersebut telah dipadam oleh Abu tidak lama selepas ia dimuat naik.


Empat hari lalu, Abu telah menimbulkan tanda tanya netizen apabila berkongsi foto yang memaparkan bahagian lengannya yang calar.
Di entri tersebut, Abu seolah-olah memberi bayangan ada pihak yang mencederakannya.
Must-Watch Video