Hiburan
“Semua Orang Ada Masalah Sendiri” - Nelissa Nizam Enggan Kongsi Isu Melibatkan Ibu, Mahu Selesaikan Secara Peribadi
Pelakon Nelissa Nizam enggan mengulas lanjut mengenai isu yang melibatkan dia dan ibu kandungnya, Ayu Manaf, baru-baru ini.
Menurut Nelissa, atau nama sebenarnya Nelissa Edreena Nizam, 27, dia telah menghubungi ibunya untuk menyelesaikan masalah yang timbul antara mereka dan memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.
Malah dia juga berharap agar sebarang isu keluarga dapat diselesaikan secara peribadi tanpa menjadi perhatian umum.
“Sekarang ini saya perlu berjumpa dengan ibu saya terlebih dahulu untuk selesaikan masalah ini. Kalau dia okay, barulah saya akan berjumpa dengan dia.
“Untuk saya, apa sahaja yang ibu saya katakan, saya tidak mahu beri apa -apa komen. Itu adalah mak saya.
“Semua orang ada masalah keluarga. Saya harap isu ini dapat dibincangkan secara peribadi,” ujarnya.
Nelissa berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Tayangan Gala Filem Sahak Gengster di Tropicana Garden, Damansara, Selangor pada Khamis.
Hormat ibu, Tak kisah pendapat orang luar
Jelas Nelissa lagi, dia turut menghormati hak ibunya untuk menyuarakan pendapat, namun lebih memilih untuk menyelesaikan isu keluarga secara peribadi tanpa melibatkan pihak luar.
Bagaimanapun, kata Nelissa, dia tidak mengambil peduli pandangan orang luar mengenai isu tersebut kerana baginya, mereka tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku dalam keluarganya.
“Apa sahaja yang mak saya cakap dia berhak. Biarlah saya selesaikan masalah ini dengan keluarga saya.
“Mungkin orang luar tak tahu apa yang berlaku jadi saya tidak kisah sebenarnya apa orang nak kata.
“Semuanya okay untuk saya, kisah saya ini biarlah keluarga sahaja yang tahu dan saya berharap dapat berjumpa dengan ibu buat masa sekarang ini,” jelasnya.
Terdahulu, ibu kepada pelakon Nelissa Nizam iaitu, Ayu Manaf menafikan pendedahan yang dilakukan oleh aktres tersebut mengenai kisah remajanya yang dikatakan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
BERITA TRENDING: Anak Dr Sheikh Muszaphar Dinobat Sebagai Ikon Murid Cemerlang & Tulisan Tercantik Di Sekolah - “Adam Menulis Kursif Sejak Usia 6 Tahun”
BERITA TRENDING: Alif Satar Simpan Hasrat Tambah Cahaya Mata - "Best Juga Kalau ..."
BERITA TRENDING: Hamil Anak Pertama, Tyra Kamaruzzaman Naik 14Kg - “Kita Dah Tak Hot, Hidung Macam Roti, Pipi Tako Tao…”
BERITA TRENDING: Bukan Cerewet, Rita Rudaini Pesan Pada Anak-Anak Adab Paling Penting - “Orang Yang Tak Faham Akan Nampak Saya Garang…”
Must-Watch Video