Hiburan

Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”

Asyikin Mayudin
17/04/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”
Pelakon Shaheizy Sam mendedahkan dia tidak menyangka watak Zarif lakonannya dalam drama Takdir Itu Milik Aku seorang yang kebudak-budakan.

Karakter Zarif Kebudak-budakan

Menurut suami kepada aktres Syatilla Melvin ini, dia mula tertanya-tanya mengenai karakter Zarif selepas membaca skrip buat kali pertama.
“Pertama kali saya dapat skrip drama Takdir Itu Milik Aku, Sam duk baca… baca… sampai episod ke berapa ntah, saya terus berhenti.
“Saya tanya dengan penulis skrip dan orang-orang produksi kan, Zarif ini sebenarnya umur berapa? Asal perangai dia macam budak kecil sangat ni.
“Macam budak kecil… bila baca, memang betul… memang nampak sangat budak dia,” katanya ketika membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Tak Bagi Anak Tengok

Pada perkongsian yang sama, Sam turut memberitahu dia tidak menyukai watak tersebut malah enggan membenarkan anak-anaknya menonton lakonannya.
“Saya sendiri tak suka watak Zarif ini. Saya rasa macam ‘Ya Allah kau ini budak-budaknya, kau ini jahatnya’. Tapi berlakon juga la. Fasal tak suka watak dia itu, saya tak boleh tengok.
“Saya tak bagi anak-anak tengok, takut nanti mereka tengok muka bapa dia kan nanti dia ingatkan ‘oh bapa aku ini kasar dengan orang macam ini, jerit-jerit dekat orang, boleh agaknya buat dekat orang ini’. Jadi saya risau,” ujarnya.

Sinopsis Takdir Itu Milik Aku

Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji.
Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.
Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga.
Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?
Saksikan drama adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah bersiaran mulai 26 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim melalui Astro GO.

BERITA TRENDING: Penuh Dengan Konflik & Emosi, Ini Recap Minggu Raya Drama Takdir Itu Milik Aku

BERITA TRENDING: Setiap Urusan Dipermudahkan, Shaheizy Sam Kongsi Kisah Sebak Semasa Jalani Ibadah Umrah – “Termenung 5 ke 8 Saat Depan Hajarul…
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar