,
Drama

Penuh Dengan Konflik & Emosi, Ini Recap Minggu Raya Drama Takdir Itu Milik Aku

Firdaus
16/04/2024
09:55 MYT
Penuh dengan emosi dan konflik, drama Takdir Itu Milik Aku sekali lagi membuatkan penonton tidak senang duduk melihat nasib Dian yang terpaksa menempuhi pelbagai pancaroba semenjak mendirikan rumah tangga dengan Zarif.
Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap minggu raya drama Takdir Itu Milik Aku:
Dian Kehilangan Anak
Kehilangan anaknya Mohd Adif memberi kesan yang sangat mendalam buat Dian Zara. Siksaan yang dialami Dian memberi kesan kepada anaknya lebih lebih hari terakhir sebelum dian beranak, Zarif dengan perbuatan kejinya sengaja menendang bola ke perut Dian.
Dian Dimaki Munirah
Tak habis dengan itu, Zarif dan Munirah tanpa segan silu datang ke hospital menjerit memaki hamun Dian yang sedang sedih mendengar berita kematian anaknya.
Nek Tuk Pertahankan Dian
Saat paling mengujakan apabila Nek Tuk datang menampar Zarif di hadapan orang ramai dan memberitahu bahawa Zarif dan Munirah adalah cucu dan mertua yang tak guna!
Nek Tuk Haramkan Harta Untuk Zarif & Munirah
Nek Tuk terus membuat keputusan yang Zarif dan Munirah diharamkan dari memiliki harta Nek Tuk! Lebih mengujakan apabila suami Munirah, Datuk Salleh telah datang menyerang Zarif dan menampar Munirah di rumah. Datuk Salleh juga turut meminta isteri dan anaknya untuk melutut dan meminta maaf terhadap Dian.
Sinopsis Takdir Itu Milik Aku
Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji.
Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.
Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga.
Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?
Saksikan drama adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah bersiaran mulai 26 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim melalui Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Belasungkawa: Berpulangnya Komposer 1,000 Karya & Bapa Lagu Raya, S. Atan Pernah Pesan: “Jika Saya Sudah Tiada…”

gempak
16/11/2024
22:53 MYT
S Atan meninggal dunia kerana sesak nafas.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Drama

“Ketua Dah Nak Sampai, Mana Hati Nak Kena Repair?” - He’s Coming! Kemunculan Zahiril Dalam Drama Andai Tiada Dia Dirai Netizen!

gempak
10/11/2024
14:55 MYT
Kemunculan pelakon, Zahiril Adzim dalam drama hits, Andai Tiada Dia ternyata membuatkan netizen bersorak.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Unitar