Hiburan

Shakilla Khoriri Dedah Ada Pihak Tuduh Abai Anak Sampai Masuk Hospital - “Lawak! Manusia Hebat Tutup Kesalahan & Kebodohan…”

Asyikin Mayudin
28/09/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Shakilla Khoriri Dedah Ada Pihak Tuduh Abai Anak Sampai Masuk Hospital -  “Lawak! Manusia Hebat Tutup Kesalahan & Kebodohan…”
Pelakon Shakilla Khoriri menegaskan dia tidak pernah menjadikan anaknya iaitu Ameena Sofia yang tidak sihat sebagai konten di laman sosial miliknya.

Dituduh abai anak

Hanya berkongsi agar menjadi manfaat kepada orang lain, Shakilla turut mendedahkan terdapat pihak yang menuduhnya mengabaikan makan minum anaknya sehingga dimasukkan ke hospital.

“Anak ni sakit dia tak boleh tempah-tempah. Bukannya boleh buat content. Aku tak hidup dengan content especially fasal anak. Aku kongsi supaya manfaat pada semua.

“Ada juga yang pertikai aku abai makan minum anak aku sampai masuk hospital? Lawak! Manusia hebat tutup kesalahan dan kebodohan sendiri dengan menunding jari pada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Hadanah Interim - “Aku Percaya Doa & Aturan Allah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri Sedih Anak Mula Tinggi Suara - “Akhirnya Jatuh Juga Air Mata Umi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran Bekas Isteri Suami Shakilla Khoriri Kembali Tular Di TikTok, Netizen Buat Spekulasi - “Ini Punca Mereka Bercerai Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Seri Pengantin, Cantiknya Shakilla Khoriri Yang Baru Kembali Bergelar Isteri!

“Aku malas layan! Janji Ameena sihat. Boleh start masak @SK Chili Oil balik untuk next batch. Thank you Allah for everthing,” kongsi Shakilla.
Pada perkongsian yang sama, Shakilla memberitahu kesihatan dia dan suaminya iaitu Fariz turut terganggu selepas berjangkit dengan Ameena yang demam selama seminggu.
“Dekat seminggu melayan demam Ameena. Sat datang, sat pergi. Sampai berjangkit Umi dan Uncle Fariz tak juga hilang. Dah tak sedap hati terus bawa hospital and ‘check in’ sini 2 malam.
“Insya-Allah today (Jumaat) check out. Lebih baik rehat dekat rumah lebih selesa,” katanya.
@officialshakillakhoriri Dekat seminggu melayan demam Ameena. Sat datang, sat pergi. Sampai berjangkit Umi & Uncle Fariz tak jugak hilang. Dah tak sedap hati terus bawa hospital and ‘check in’ sini 2 malam. Inshallah today check out. Lebih baik rest dekat Rumah lebih selesa. Anak ni dakit dia boleh boleh tempah-tempah. Bukan nya boleh buat content. Aku tak hidup dengan content especially pasal anak. Aku share supaya manfaat pada semua. Ada juga yang pertikai aku abai makan minum anak aku sampai masuk hospital??? Lawak! Manusia hebat tutup kesalahan dan kebodohan sendiri dengan menunding jari pada orang lain. Aku malas layan..! Janji Ameena sihat. Boleh start masak @SK Chili Oil ♬ som original - tabita borges ✨
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar