Hiburan

Shakilla Khoriri Sedih Anak Mula Tinggi Suara - “Akhirnya Jatuh Juga Air Mata Umi…”

Asyikin Mayudin
01/03/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Shakilla Khoriri Sedih Anak Mula Tinggi Suara - “Akhirnya Jatuh Juga Air Mata Umi…”
Anak semakin membesar, pelakon Shakilla Khoriri memberitahu dia mahu sentiasa meluangkan masa bersama puteri sulungnya iaitu Ameena Sofia yang kini sudah lima tahun.
BERITA TRENDING: Hantaran Bekas Isteri Suami Shakilla Khoriri Kembali Tular Di TikTok, Netizen Buat Spekulasi - “Ini Punca Mereka…
Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla berkata meskipun dia kelihatan kuat, namun hatinya mudah menjadi rapuh dan lemah apabila ada perkara yang melibatkan tentang Ameena.
"Makin besar makin mengada tu menjadi betul. Tapi tidak apa biarlah nak mengada pun, bukan banyak masa lagi dengan Ameena. Nanti dah besar nak peluk cium pun dah tak nak kot.
"Selagi ada masa dan peluang, Umi (panggilan Shakilla) manfaatkan. Aku ini tengok je macam pengkid. Kerja berat boleh buat, uruskan semua pasal anak sorang-sorang boleh buat, tapi aku lemah bab hati. Ada macam-macam bunga," kongsinya.
Dalam perkongsian sama, aktres berusia 34 tahun itu turut berkongsi kejadian yang membuatkan dia mengalirkan air mata.
"Pantanglah orang kasar atau tinggi sikit suara dengan aku mesti terasa. Termasuklah dengan Ameena bila akhir-akhir ni dia bercakap suka tinggi suara dan kasar.
"Sampai tak tertanggung rasa sedih itu akhirnya jatuh juga air mata Umi pagi-pagi hari sambil drive ke sekolah semalam.
"Sampai hari ini dia punya minta maaf itu. Harap dia ingat sampai bila-bila sebab tiada orang mampu faham aku setakat ini kecuali Ameena. Hidup dengan aku masuk 5 tahun tapi macam dah berpuluh tahun," luahnya.
Bagaimanapun, Shakilla berkata dia pasti akan merindui setiap momen pahit dan manis yang dilalui bersama Ameena dan tidak sabar untuk bercerita tentang hal tersebut apabila anaknya sudah dewasa.
"Aku akan rindu momen-momen ini. Tapi aku terpkasa let go bila sampai waktu dia. Aku tak sabar tunggu Ameena besar. Banyak cerita nak aku sembang dan kongsikan," kongsinya lagi.
Pada Sabtu lalu, Shakilla sah bergelar isteri untuk kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018, namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar