Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Sharifah Sakinah Kata Nad Zainal Tak Sombong - “Netizen Salah, Dia Primadona Yang Cantik”

Mya Amri 12/09/2023 | 08:55 MYT

Pelakon, Sharifah Sakinah menyifatkan Nad Zainal sebagai seorang primadona.

Malah Sakinah juga menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan Nad sudah lupa diri sehingga melupakan rakan-rakannya.

Sakinah berkata, Nad Zainal tidak sombong tetapi dia seorang primadona yang memiliki ciri-ciri ekslusiviti yang perlu dijaga.

“Sebab bila orang tanya saya dia sombong, dia sombong, saya tak rasa dia sombong. Dia seorang primadona yang cantik.

“Primadona dia ada salah satu karakter yang sebegitu. Sebab dia bukan jenis gila-gila… Netizen pun salah, dia tidak sombong dia primadona, anda harus memahaminya,” jelasnya.

Sakinah berkata demikian menerusi video temuramah yang dimuat naik di Instagram Budiey baru-baru ini.

A post shared by Budiey Channel (@budiey)

BACA: Sharifah Sakinah Harap Jumpa Nad Zainal Di Alam Lain - “Di Situ Tiada Radar”

Tambah Sakinah lagi, sebagai primadona dia mempunyai ciri-ciri ekslusiviti yang perlu dijaga.

“Anda tahu, primadona tahun 90an dulu-dulu, dia orang nak keluar pusat membeli belah pun dia kena jaga ekslusiviti dia.

“Tak semestinya orang semua sombong. Tidak, itu gaya dia dan saya suka gaya itu, dia pelakon sebenar,” katanya.

BACA: “Nad Zainal? Siapa Tu Pelakon Ke?”- Nabila Huda Pelik Tak Kenal Tapi IG Kena Block

Terdahulu, Spekulasi bermasam muka antara Nad dan sahabatnya itu mula bertebaran selepas aktres itu pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Selain Nabila, antara nama rakan selebriti lain yang terkait dalam isu ini ialah Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan.

#Nad Zainal #Sharifah Sakinah #Netizen #Primadona #Tak Sombong
;