Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Suami Buka Aib Pasangan Depan Anak - “Never! Itu Perbuatan Budak Sekolah”

Khairil Khusyairi
16/10/2024
00:30 MYT
Sponsor Banner
Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Suami Buka Aib Pasangan Depan Anak - “Never! Itu Perbuatan Budak Sekolah”
Aktor Sharnaaz Ahmad menegaskan seseorang lelaki yang bergelar suami tidak perlu untuk memburukkan bekas isteri di depan anak-anak.
Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berpendapat tindakan seorang suami tersebut adalah seperti kebudakkan.

“Never ever talk bad about your ex wife depan anak.

“Never! Itu perbuatan budak sekolah,” tulis Sharnaaz. Sharnaaz berkata demikian ketika membalas komen netizen di perkongsian pelakon dan pengarah, Michael Ang mengenai suami meroyan dengan membuka aib pasangan selepas berpisah.
“Setahu saya, dekat Malaysia ni kalau couple bercerai selalu perempuan yang meroyan gila-gila. Ni sudah ada pula jantan yang meroyan dekat media sosial. Memang dunia dah terbalik ni!
“One advice sebagai netizen kita enjoy semua ‘content’ meroyan dan bodoh tu. Tapi, untuk anak-anak awak dan ahli keluarga termasuklah rakan terdekat awak, saya pasti mereka akan rasa malu mungkin bukan hari ini tetapi masa hadapan kelak. So, pakai otak ya,” tulis Michael.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar