gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hadir Di Acara Pelancaran Minggu Fesyen KL Mens, Aliff Aziz ‘Lari’ Dari Ditemu Bual Media
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Miera Liyana Sambut 5 Tahun Perkahwinan Dengan Suami, Terima Kad Romantis ‘How Rosland Stole My Heart’

Umirah Halim
Umirah Halim
28/06/2025
06:51 MYT
Sponsor Banner
Miera Liyana Sambut 5 Tahun Perkahwinan Dengan Suami, Terima Kad Romantis ‘How Rosland Stole My Heart’
Pelakon, Miera Liyana berkongsi momen istimewa sempena meraikan ulang tahun perkahwinan kelima bersama suaminya, Rosland Othman.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram, pasangan tersebut dilihat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka secara sederhana tetapi penuh bermakna di sebuah restoran bersama dua cahaya mata perempuan mereka.
View this post on Instagram
A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)
Dalam video berdurasi kurang seminit itu, Miera menerima sejambak bunga ros merah yang dibalut rapi dalam kotak putih berhias reben merah serta kad ucapan istimewa yang tertulis, “Our story. How Rosland stole my heart. I love you.”
Pasangan itu turut meniup lilin berbentuk angka lima di atas sebiji kek sebagai simbolik kepada ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
“5 years down, forever to go ❤️ #roml #kalauakukayahariharihariraya 😂 #preanniversary,” tulis Miera di ruangan kapsyen.
Momen berkenaan turut dihujani ucapan tahniah serta doa kebahagiaan daripada rakan-rakan selebriti dan pengikutnya di media sosial.
Sekadar info, Rosland sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Adibah selama 28 tahun dan bercerai pada Ogos 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima cahaya mata yang kini berusia antara 11 hingga 26 tahun.
Rosland kemudiannya berkahwin kali kedua dengan Miera Liyana pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan dua orang anak perempuan bersama pelakon itu.
Topic Berkaitan
#Suami
#Anniversary
#Liyana
#Miera
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement