Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Shila Amzah Naik Angin Tengok Video Abang Tesla - "Kalau Sayang Tak Ada Nak Kahwin Dua"

Asyikin Mayudin 22/08/2023 | 08:55 MYT

Perkongsian pencipta kandungan TikTok, Abang Tesla yang mendapat keizinan isteri pertama untuk berkahwin dua mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa berang.

Bukan sahaja netizen, malah penyanyi Shila Amzah juga turut terkesan dengan perkongsian itu dan berpendapat seseorang itu tidak akan berkahwin lain jika benar-benar sayang isteri pertama.

“Kalau you betul sayang isteri pertama, tak adanya nak kahwin isteri kedua. Walaupun dapat izin daripada isteri pertama tu. Eh baran eh tengok TikTok,” kata Shila.

Shila berkongsi luahan tersebut menerusi laman Twitter miliknya.

Pada perkongsian yang sama, isteri kepada pempengaruh Ubai ini juga mempersoalkan tindakan Abang Tesla yang memuat naik video penghargaan isteri pertama setelah membuat keputusan untuk menduakannya.

“Fikir logik saja la. Jangan nak buat appreciation post panjang berjela nak tunjuk how you appreciate your first wife when you've decided untuk menduakan dia,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Shila yang membalas komen netizen berkata susah untuk seseorang lelaki untuk berlaku adil terhadap isteri-isteri biarpun memiliki kemewahan.

“Comman sense kan? Walau sekaya mana pun lelaki itu, anda tak akan dapat berlaku adil terhadap isteri-isteri. Ia bukan hanya kebendaan, perasaan anda terhadap kedua-duanya. Macam mana anda nak berlaku adil secara dalaman?

Shila juga berpendapat kemungkinan isteri pertama Abang Tesla reda dengan takdir yang sudah tertulis namun hatinya tetap sudah hancur.

“Saya terfikir kan… isteri dia mungkin reda, tapi hati dia… kalau sayang tak adanya nak hancurkan hati isteri walaupun isteri kata dia okay,” balasnya lagi.

Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.

Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial.

BACA SINI: Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki

BACA SINI: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”

#Shila Amzah #Shila #Ubai #Abang Tesla
;