Laman Utama
Shila Amzah Tak Lokek Kongsi Resipi ‘Paling Senang Dalam Dunia’ – “Kegemaran Saya”
Walaupun diuji dengan begitu banyak dugaan namun penyanyi, Shila Amzah tetap melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada pempengaruh, Ubai.
Shila menerusi hantaran di Platform X berkongsi resepi memasak hidangan kegemarannya iaitu Ayam Masak Lemak Cili Api.
Menurut Shila, resipi berkenaan merupakan antara paling mudah untuk disediakan dan tidak mengambil masa yang lama.
“Masakan paling senang dan cepat di dunia. My favourite Ayam Masak Lemak cili api,” tulisnya.
Berikut merupakan cara-cara untuk memasak.
Bahan kisar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit hidup
- Cili padi
- Ketuk serai
- Daun limau purut
- Asam keping
- Santan
- Ayam
Untuk tambahan boleh letak sayur buncis/nenas/mangga
Hidang dengan nasi panas, telur dadar,
Okay done!
Disebabkan perkongsian resipi itu, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Shila dan tidak sabar untuk mencubanya.Masakan paling Senang dan cepat Di dunia.My favourite Ayam masak Lemak cili api. pic.twitter.com/rCmdFgRRZz— 茜拉 (@Shilaamzah) October 14, 2023
Terdahulu, Shila berdepan dengan kemelut keluarga apabila adik kepada Shila iaitu penyanyi Syada Amzah mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.
Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan.
Malah, pada satu hantaran berbeza dia sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila sengaja menyindir kakak sendiri
Konflik menjadi semakin teruk apabila adik lelakinya, Shafiq juga turut campur tangan sehingga Shila terpaksa mendedahkan masalah yang berlaku dalam keluarganya kepada umum.
Antara pendedahan yang dibuat adalah mengenai isu menjual rumah pusaka, sisi buruk dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada, sikap bapaknya yang suka mengongkong dan banyak lagi.
Must-Watch Video