Shuib Bawa Keluarga Tunai Umrah, Mohon Maaf Atas Kekhilafan - "Saya Hanya Manusia Biasa Yang Tidak Terlepas Dari Dosa"
Pelawak, Shuib memaklumkan dia dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, pelawak itu turut memohon maaf sekiranya pernah melakukan kesalahan terhadap mana-mana pihak.
“Salam semua, saya memohon maaf pada semua jika ada kekhilafan sepanjang perkenalan kita.
“Saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari dosa.
“Doakan perjalanan umrah kami sekeluarga dipermudahkan dan dikurniakan umrah yang mabrur. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat”, tulisnya menerusi Instagram Story.
Dalam pada itu, isteri kepada Shuib, iaitu Watie Hanifiah turut berkata ini merupakan umrah yang pertama selepas bergelar isteri.
“Ini merupakan umurah yang pertama bersama suami dan anak-anak”, katanya.
BERITA TRENDING: Shuib Bengang Individu Fitnah ‘Tunggang’ Nama Arwah Siti Sarah Buat Podcast Dengan ‘Bekas Banduan Kerat Lapan’ - “Jumpa Di Mahkamah Ya”