Viral

Sibuk Bekerja, Pemuda Luah Rasa Kesal Tak Sempat Jawab Panggilan Terakhir Ibu - “Saya Sedang Charge Phone..”

Gempak
12/07/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Sibuk Bekerja, Pemuda Luah Rasa Kesal Tak Sempat Jawab Panggilan Terakhir Ibu - “Saya Sedang Charge Phone..”
Sepotong video yang merakamkan detik detik menyayat hati seorang pemuda yang terlepas panggilan terakhir daripada ibunya ketika sedang bekerja berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Sibuk bekerja

Menerusi sebuah perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna di TikTok dapat dilihat pemuda tersebut membiarkan telefon bimbit nya dalam keadaan cas dan tanpa disedari ibunya cuba menghubunginya.
“Ketika itu saya sedang sibuk bekerja dan saya cas fon. Abang Man (rakan sekerja) beritahu saya mak saya telefon beberapa kali.
“Selepas itu ibu angkat saya beritahu dia (ibu kandung) tak kuat, tapi anak dia kuat, dan maklumkan ibu saya sudah meninggal dunia,” kongsinya.
Memetik laporan Weird Kaya, pemuda yang dikenali sebagai Eby itu mendedahkan bahawa dia dibesarkan oleh ibu angkatnya namun arwah merupakan bu kandungnya.

BERITA TRENDING:Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

BERITA TRENDING:#Gold: Jack Tan Akui Susah Mainkan Watak Liek Hou, Ambil Masa Enam Bulan Untuk Latihan Badminton

BERITA TRENDING:"Rasa Sakit Hati, Orang Tak Hormat Kedudukan Tanjak Atas Kepala" - Farel Mikhail.

BERITA TRENDING:Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

Walaupun tidak dibesarkan oleh ibu kandungnya, namun ikatan kasih sayang dan rasa kehilangan ibunya tetap dirasai Ebi.
“Sebagai seseorang yang bekerja jauh dari rumah, saya ingin menasihati orang lain supaya tidak meletakkan telefon anda pada mod senyap atau DND (Jangan Ganggu), tidak kira sesibuk mana pun anda.
“Anda tidak pernah tahu jika ada kecemasan. Dalam kes ini, saya terlalu fokus pada kerja dan mengabaikan telefon saya. Saya tinggalkan di kaunter. Kakitangan lain perasan ibu angkat saya menelefon berulang kali, tetapi tiada jawapan,” ujarnya.
Sementara itu, Eby turut berkongsi beberapa detik berharga yang tidak dilupakan bersama ibunya.
“Pada 18 Julai 2023, adik saya telah temuduga di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris). Umi bertanya sama ada saya boleh membawa mereka ke Perak, dan saya menjawab ya. Selepas temuduga, saya membawa Umi ke Genting Highland berjalan-jalan kerana saya bekerja di sana dan mahu dia merasai cuaca yang sejuk. Ini kali terakhir saya bawa dia keluar.”
Dalam pada itu, Eby meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat membalas teks terakhir ibunya kerana bekerja.

“Inilah yang paling saya takuti, jadi jangan letak telefon anda dalam keadaan senyap'” katanya lagi.

Sumber: Weird Kaya
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar