Berita
“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.
Baginda bertitah, ketika proses kelahiran, Siti berdepan komplikasi yang hampir meragut nyawanya.
“Siti is alive today is a miracle. She will never tell anybody, I will tell you today. Siti nearly die giving birth to Aafiyah,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Pembukaan Alhaya Fertility Centre di Damansara Specialist Hospital 2 di Bukit Lanjan Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN: Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27
ARTIKEL BERKAITAN: Pulihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Antara Pencapaian Huzz Yang Membanggakan
ARTIKEL BERKAITAN: Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert ‘Love in The Sky’ di Resort World Genting Ogos Ini!
Sementara itu, Siti yang turut hadir pada majlis berkenaan mengakui yang dirinya mengalami komplikasi ketika melahirnya zuriat pertamanya.
“Semua pun dah tahu perjalanan saya. Nak dapat cahaya mata sangat mencabar. Bukan sebagai wanita tetapi sebagai hamba Allah.
“Allah bagi saya pelbagao rezeki, dari segi kerjaya dan sebagainya. Tapi Allah duga pula dari segi cahaya mata.
“Masa bersalin saya hadapi komplikasi. Saya tak banyak share dengan orang ramai. Namun, tuanku tahu lebih awal.
“Alhamdulillah, Allah selamat kan saya. Dan saya ambil keputusan untuk buat kali kedua,” katanya.