Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

Asyraf Roslan
14/11/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan tidak pernah terlintas dek fikirannya untuk mengimpikan mendapat Anugerah Biduan Negara.
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Pada masa sama,pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin,45 juga menzahirkan rasa syukurnya dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah Swt.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dianugerahkan Biduanita Negara Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Dianugerahkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Zahirkan Rasa Syukur - "Ini Lambang Penghargaan Semua Insan Seni Tanah Air"

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saida & Sairah Tumpang Gembira Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara – “Abah Pasti Bangga, Al Fatihah Buat Abah”

“Saya menyanyi sebab saya cintakan bidang seni kerana bakat yang Allah bagi.
“Saya menyanyi nak gembirakan dan hiburkan orang, menyanyi juga memberikan saya peluang untuk berjumpa dengan ramai orang yang berbeza latar belakang.
“Tidak pernah terlintas pada suatu hari nanti saya akan jadi Biduanita, tiada.
“Bila kita nyanyi dengan iklhas dan niat untuk menghiburkan orang, perkara-perkara lain yang bagus akan datang dengan sendiri. Ini rezeki yang dikurniakan oleh Allah dan saya sangat bersyukur rendah diri tapi dia datang dengan tanggungjawab,” katanya kepada Gempak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar