Viral

Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"

Gempak
10/08/2024
03:38 MYT
Sponsor Banner
Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"
Pempengaruh terkenal, Maryam Durian Kimchi tampil memohon maaf susulan video lawak double meaning suaminya, Ryzal Ibrahim, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Jelas Maryam, terdapat salah faham dalam penyampaian lawak yang disifatkan netizen punyai unsur lucah itu.
"Sebenarnya, dalam situasi itu, ada ayat yang saya ucapkan dalam bahasa Korea kepada suami. Mungkin ada sedikit salah faham dalam kalangan penonton.

"Jika ada yang berasa begitu, saya mohon maaf. Saya juga sudah menegur Ryzal. Saya harap kita semua tidak menyimpan rasa benci, kerana itu bukanlah sesuatu yang baik," jelasnya menerusi kenyataan kepada Xtra.

Tambahnya, dia turut menegaskan bahawa dia sendiri kurang gemar dengan lawak 'double meaning', namun menegaskan bahawa situasi yang berlaku antara dirinya dan suami dalam video tersebut berbeza.
"Saya sendiri tidak suka lawak 'double meaning'. Namun, situasi antara saya dan suami dalam video tersebut mempunyai makna yang berbeza, bukannya lawak 'double meaning'. Saya bercakap dalam bahasa Korea dan ia sangat spontan, apa-apa pun saya mohon maaf.
"Sebenarnya, saya tidak tahu dan tidak sedar perkara itu boleh menimbulkan isu. Jika saya tahu, sudah tentu saya akan menyunting video tersebut terlebih dahulu.

"Kita semua belajar dari kesilapan. Saya tak anggap ini sesuatu yang serius, jadi saya akan ambil pengajaran dari kesilapan ini," tambahnya.

Sebelum ini, Ryzal telah menerima kecaman hebat daripada warganet selepas didakwa membuat lawak berunsur 'double meaning'.
Dalam video yang dikongsikan semula di aplikasi X, Ryzal bersama Maryam berada di pasar raya untuk membeli barang dapur.
Maryam kemudian berkongsi beberapa tips untuk memilih buah tembikai, termasuk cara menepuk-nepuk buah tersebut, serta melihat garisan dan tapak buah sebagai petunjuk.
Namun, respons Ryzal menarik perhatian netizen kerana dianggap lucah, dan kenyataan itu mengundang kecaman yang mendakwa ayat Ryzal mempunyai unsur 'double meaning'.
"Kalau yang kecil tu macam Rina, besar ni macam Maryam punya," kata Ryzal.

BERITA TRENDING: Dayana Roza Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Akibat Dirempuh Ketika Selamatkan Anak Dari Slide Air -“Impact Kuat, Kepala Koyak, Darah Meleleh Non Stop”

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Atlet Gusti Mesir Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Serangan Seksual

BERITA TRENDING: "Masa Musuh Terbesar Saya" - Dhabitah Sabri Percaya Tuhan Ada Perancangan Terbaik, Rindu Pelukan Suami & Keluarga

BERITA TRENDING: Netizen Persoal Tindakan Kongsi Video Kucing Sakit, Ceddy Ang: “Ada Saya Guna Duit Awak?”

Terdahulu, Maryam dan suaminya pernah dikatakan sombong oleh netizen kerana sikap mereka yang tidak membalas sapaan netizen yang terserempak di sebuah pusat membeli-belah.
Sumber: Xtra
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar