Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Suami Kenakan Isteri Letak Ganja Dalam Kereta Sebab Nak Bercerai

Gempak 01/09/2024 | 18:55 MYT

Gara-gara cuba 'memperdajal' isterinya dengan meletakkan lebih 500 gram kanabis di dalam kereta, seorang lelaki di Singapura berdepan padah apabila dia dihukum penjara hampir empat tahun.

Tan Xianglong, 37, melakukan perbuatan itu antara tempat duduk penumpang belakang yang diyakini dapat menyebabkan wanita itu berdepan hukuman mati kerana mengedar dadah.

"Dia merancang untuk memastikan isterinya diberkas dan didakwa melakukan jenayah serius. Tetapi, rancangan itu gagal kerana kereta itu dilengkapi kamera papan pemuka," lapor media tempatan pada Khamis lalu.

Xianglong dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan 10 bulan atas kesalahan memiliki ganja.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu Keluarga Didakwa Terlibat Ketagihan Gam? Netizen Zahir Simpati: "Hisap Gam Sebab Nak Tahan Lapar"

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong Malaysia Ke Thailand Dilarang Bawa Pulang Ganja

ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai Radio Dicekup Memiliki 447 Gram Ganja, Direman Untuk Bantu Siasatan

Difahamkan, tertuduh berkahwin pada 2021 dan berpisah setahun kemudian, namun pasangan itu tidak dapat memfailkan perceraian kerana undang-undang Singapura membenarkan tuntutan sedemikian buat pasangan yang telah mendirikan rumah tangga sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

Xianglong percaya dia akan dapat pengecualian jika isterinya mempunyai rekod jenayah.
Menerusi bukti mesej dengan teman wanitanya pada tahun lalu, defendan telah menyatakan tentang 'jenayah sempurna' untuk menganiaya isterinya.

Dia kemudiannya membeli kanabis daripada kumpulan sembang di Telegram untuk menjayakan rancangan jahat tersebut.
Mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas rakaman secara langsung menghantar notifikasi tentang 'gangguan' Xianglong setelah ia 'menceroboh' kereta mangsa.

Hasil pemeriksaan polis akhirnya menemukan dadah berkenaan lalu menahan isterinya.
Siasatan lanjut bagaimanapun mendapati isterinya tidak bersalah, Xianglong kemudiannya diberkas untuk disoal siasat.

Difahamkan, hukuman penjara lima tahun dikurangkan ke atasnya kerana tertuduh memberi kerjasama penuh terhadap siasatan dan membuat pengakuan bersalah pada awal perbicaraan.
Sumber: Sinar Harian

#Perkahwinan #cerai #Ganja
;