Masalah menghidu gam mungkin menjadi salah satu faktor pencetus kepada penagihan dadah seperti ganja dan heroin.

BERITA TRENDING:Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh ‘Tebuk Quran’ Pilih Untuk Berdiam Diri - “Saya Masih Lagi Menjaga Aib Dia”

Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila gam yang dihidu boleh didapati secara mudah kerana ia terjual di kedai-kedai serbaneka.

Satu Keluarga Terlibat Gejala Hisap Gam

Hal yang lebih kurang sama dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi X mengenai satu keluarga yang didakwa terlibat dalam ketagihan menghidu gam.


​BERITA TRENDING: Ain Edruce Dedah Suami Tak Suka Kamera, Perangai Lain Dalam Real Life Berbanding Media Sosial

"Satu keluarga terbang ke bulan. Sisi gelap Sabah," tulis pengguna itu.



Melihat kepada keadaan berkenaan, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap situasi keluarga itu.

"Kasihan lah hisap gam sebab nak tahan lapar,"

"Kasihan dekat anak-anak kalau macam ni,"


"Sedihnya."

"Bila sekeluarga begini, sah-sah sebab tak mampu nak beli alas perut...

Selain itu, ada juga yang menyatakan sebab di sebalik ketagihan berikut adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi keluarga tersebut.

BERITA TRENDING: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

"Alasan mereka ni hisap gam sebab nak cari makan susah, beli makan mahal, beli gam harga 50 sen. Bila hisap tak fikir lapar sebab dah high,"

"Bila sekeluarga begini, sah-sah sebab tak mampu nak beli alas perut,"

"Kemiskinan dan tak dipelihara dengan baik penyebab utama anak-anak ni semua jadi macam ni. Ya Allah sedihnya."

​BERITA TRENDING: Minum Ubat Batuk Cap Ibu & Anak Untuk Jaga Vokal, Perkongsian Zayn Malik Curi Perhatian Netizen Malaysia

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir satu juta tontonan dan lebih 3,000 tanda suka di Platform X.