Laman Utama

“Suami Suruh Buang Karakter Itu Baru Jumpa Dia” - Watak Ramlah Buat Perangai Nabila Huda Jadi Lain

Mya Amri
02/08/2023
02:05 MYT
Sponsor Banner
“Suami Suruh Buang Karakter Itu Baru Jumpa Dia” - Watak Ramlah Buat Perangai Nabila Huda Jadi Lain
Pelakon, Nabila Huda mendedahkan suaminya, Mohd Izwan Johar berasa tidak selesa untuk bertemunya ketika dia pulang ke rumah selepas menjalani penggambaran filem Rahsia.
Menurut Nabila, suaminya memberitahu dirinya menjadi seorang yang serius dan berperangai seperti ‘orang lain’.
“Saya rasa saya normal, biasa sahaja semasa berlakon filem ini. Jadi selepas dua minggu, saya pulang ke rumah bertemu suami, anak sebab rindukan mereka dan keluar bersama.
“Namun selepas itu suami saya kata dia tidak selesa untuk keluar bersama saya sebab saya nampak lain. Kemudian saya tanya dia, lain yang bagaimana.
“Rupanya Keisha dan suami sudah berbincang, mereka kata memang perangai saya lain. Saya tidak perasan tentang perubahan itu.
“Suami saya kemudiaanya menyuruha saya buang watak Ramlah terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah, maksudnya buang karakter tu,” katanya ketika ditemui Gempak.
Nabila berkongsi perkara itu pada sidang media pada malam gala filem Rahsia yang berlangsung di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Nabila berkata disebabkan Ramlah dia menjadi seorang yang agresif dan sering termenung.
“Watak itu buat saya jadi agresif dan cepat marah. Sebab kalau kita berlakon kita akan ambil mood, jadi untuk hilangkan watak itu saya kena ambil kembali mood gembira sebelum masuk rumah.
“Dalam kereta masih stress memikirkan watak itu, bila sampai rumah saya kena tukar karakter jadi happy. Penat nak tukar karakter. Jadi saya ambil keputusan untuk jumpa mereka kembali selepas penggambaran selesai sepenuhnya.
“Kemudian bila saya pulang ke rumah barulah suami saya lega dia kata isteri saya dah kembali, sebelum sebelum itu bukan awak, itu adalah Ramlah. Saya benci Ramlah.
“Saya dah kembali normal, ceria dan berborak seperti biasa. Sebab sebelum ini suami kata saya berbual tapi tiba-tiba saya menjadi serius, tengah termenung,” ujarnya.
Tambah Nabila lagi, dia semenangnya mendedikasikan diri sepenuhnya untuk merialisasikan watak Ramlah itu.
“Sebenarnya ketika itu saya tengah berfikir macam mana nak fix the puzzle tentang watak itu. Saya jadi moody sebab cerita tak habis lagi dan kita baru contohnya buat 30 peratus jadi ada banyak lagi kita nak tampal puzzlekarakter tu untuk sempurnakannya.
“Kalau kita main-main nanti tidak ngam dengan watak itu. Saya tak boleh nak lari daripada karakter, tak boleh lah tiba-tiba jadi ceria nanti masuk set tiba-tiba blur macam mana nak jadi Ramlah. Sebab saya memang bagi komitmen sepenuhnya terhadap Ramlah,” jelasnya.
BACA: “Waktu Itu Jam Dua Tiga Pagi…” - Qistina Raisah, Fikry Ibrahim Tiba-Tiba Jatuh Tangga, Kebetulan Atau Ada Gangguan?
BACA: Alunan Lara… Bunyi Misteri Piano, Intro Meremang, & Suara Gemersik Njwa Merintih, Ini Antara Yang Ada Dalam OST Rahsia
BACA: Runut Bunyi Meremang, Nabila Huda Renung Cermin… Ini Trivia Menarik Filem Rahsia
Jangan lupa saksikan Rahsia yang dijadualkan tayangannya di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini.
Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.
Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.
Istimewa buat peminat, anda boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos dengan tayangan pertama bermula 8.00 malam.
SINOPSIS: Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.
Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.
Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.
Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar