Berita

"Sudah Tiba Masanya Untuk Saya..." -  Penyanyi Neeta Manisha Elak Banyak Kongsi Pasal Sandra Lagi Sebab...

ZULHILMI JALIL
15/09/2020
13:50 MYT
Sponsor Banner
"Sudah Tiba Masanya Untuk Saya..." -  Penyanyi Neeta Manisha Elak Banyak Kongsi Pasal Sandra Lagi Sebab...
Penyanyi Neeta Manisha mengakui masih sukar untuk menerima kenyataan bahawa sahabatnya, bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne kini sudah lagi tiada.
Biarpun masih bersedih, kata Neeta, mungkin sudah tiba waktunya untuk dia reda dengan pemergian Sandra.
Justeru, katanya, sebolehnya, dia cuba untuk tidak berkongsi lebih banyak lagi hal yang mengaitkan Sandra kerana enggan emosinya terus terganggu.
"Terima kasih untuk semua ucapan, tag, doa, namun, sudah tiba masanya untuk saya perlahan-lahan move on dengan San (Sandra) dalam hati saya.
"Sekarang ini, saya tidak akan banyak repost mengenainya lagi. Saya tidak mahu terus teringat akan kehilangannya setiap kali saya buka Instagram," katanya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya.
Biarpun begitu, katanya, segala kenangannya bersama Sandra tidak akan pernah dilupakan sampai bila-bila.
"Saya masih lagi cuba untuk belajar menerima kenyataan (dengan apa yang terjadi) dan cuba menyeimbangkan emosi saya untuk kerja.
"Tiada siapa yang boleh hilangkan segala memori yang kita cipta, tawa dan air mata. Awak akan sentiasa dalam hati saya sahabatku," katanya.
Sebelum ini, Neeta turut mengakui cukup terkesan dengan pemergian sahabatnya itu yang pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
BACA: “Kamu Sepatutnya Ada Di Perkahwinan Saya…”- Neeta Sedih Kehilangan Sandra
Terdahulu, Sandra meninggal dunia pada 11 September selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
BACA: Bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne Meninggal Dunia
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar