• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Konsert Dadali ‘Sebuah Kisah’ Bakal Gegar Kuala Lumpur 5 Julai Ini
HOLLYWOOD
Adolescence Kalahkan Stranger Things, Jadi Siri Paling Banyak Ditonton Di Netflix
HIBURAN
“You Will Always Be Home to Me” - Mek Yun Sebak Lihat Abang Tersayang Dirikan Rumah Tangga
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Sudah Tiba Masanya…” - Usia 34 Tahun, Mesut Ozil Umum Bersara Dari Dunia Bola Sepak

Mya Amri
23/03/2023
01:52 MYT
Sponsor Banner
“Sudah Tiba Masanya…” - Usia 34 Tahun, Mesut Ozil Umum Bersara Dari Dunia Bola Sepak
Pemain bola sepak terkenal dunia, Mesut Ozil mengumumkan persaraannya pada usia 34 tahun.
Berit aitu dimaklumkan sendiri oleh Ozil menerusi hantaran di akaun Instagram milik bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu.
Menurut Ozil, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi pemain profesional dan berterima kasih kepada penyokong setia bola sepak.
“Selepas membuat pertimbangan, saya ingin mengumumkan persaraan saya secara serta-merta daripada bola sepak profesional.
“Saya amat beruntung dapat menjadi pemain bola sepak profesional selama hampir 17 tahun dan saya bersyukur atas peluang ini.
“Namun, sejak beberapa minggu dan bulan yang lepas, serta selepas mengalami kecederaan, semakin jelas bahawa sudah tiba masanya untuk meninggalkan pentas bola sepak.
“Terima kasih kepada peminat yang memberikan sokongan dan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada saya,” coretnya.
View this post on Instagram
A post shared by Mesut Özil (@m10_official)
Ozil memulakan kariernya dalam Bundesliga Jerman bersama Schalke dan Werder Bremen, sebelum mencipta nama di pentas dunia bersama Real Madrid serta bersama pasukan Jerman di Piala Dunia.
Prestasinya mendapat perhatian Arsene Wenger yang membawanya masuk pasukan Arsenal dengan kontrak bernilai 42.5 juta pound sterling pada 2013.
Ozil kemudiaanya berpindah ke Turki pada tahun 2021 untuk menyertai pasukan Fenerbahce sebelum berpindah ke pasukan Basaksehir pada 2022.
Related Topics
#Sukan
#Bola Sepak
#Pemain Bola Sepak
#Bersara
#Mesut Ozil
#Umum Bersara
Must-Watch Video