Nusantara
Sule Jual Semua Kereta Mewah Dari Mustang Hingga Porsche, Sekarang Pakai Innova
Sule dikenali sebagai pelawak yang gemar mengumpul kenderaan mewah sebagai salah satu hobi.
Mustang, Porsche
Bapa kepada penyanyi Rizky Febian yang baru menikah dengan Mahalini ini diketahui memiliki sehingga 10 kenderaan mewah termasuk dari jenis Mustang, Harley Davidson, Porsche, Mercedes Benz, Jeep Wrangler dan Honda Civic VTEC.
Namun Sule mengaku sudah menjual kesemua kenderaan mewahnya.
“Saya sudah jual semua. Porsche, Mustang, apa semua sudah saya jual,” katanya sewaktu menjadi tetamu bual bicara bersam Raffi Ahmad seperti dilaporkan Suara.com.
Bukan kerana muflis, kata Sule kenderaan-kenderaan tersebut sudah tidak memberi manfaat kepadanya selain sudah merasai ‘nikmat dunia’.
“Cuma untuk dipamerkan kepada orang bahawa kita punya sesuatu. Buat mengambil foto kemudian tidak pernah digunakan,” tambah Sule lagi.
Kini pelawak itu hanya memiliki kenderaan jenis Innova yang disifatkan sesuai dipakai dengan kadar minyak yang murah.
“Sekarang saya hanya pakai Innova. Paling pun minyak hanya sekitar RM100 untuk dua minggu. Mudah dan murah diselenggara.
“Kalau pakai Mustang, sehari sudah hampir RM300. Belum lagi jika perlu diselenggara. Jadi buat apa?” katanya.